Tips, Lulus Peperiksaan Dan Temuduga Kerajaan (SPA)

Tips, Lulus Peperiksaan Dan Temuduga Kerajaan (SPA)

Pasti ramai rakan-rakan yang ingin tahu bagaimana Tips untuk anda lulus peperiksaan dan temuduga Kerajaan (SPA) berikut kami kongsikan tips yang ditulis oleh saudara Amirul Aliif cara dan bagaimana beliau berjaya berkerja didalam kerajaan dengan menggunakan laman sesawang SPA.

 

1. SPA9 – Anda perlu melengkapkan segala maklumat dengan betol

(terutama bahagian e-mail & no kad pengenalan) dan mengemukakan data-data yang sahih dan benar.

Sekiranya sistem memerlukan anda memuatnaik sebarang dokumen atau sijil ia perlu salinan asal sekiranya terdapat syarat [sijil perlu disahkan] pastikan anda berbuat sedemikian terlebih dahulu.

Gunakan aplikasi pintar (scan document) untuk pastikan kualiti bahan yang anda muat naik adalah baik dan jelas. *nota (Dapatkan sijil SPM anda bukan slip keputusan SPM untuk urusan rasmi SPA)

 

2. Pemilihan Jawatan

Jika anda pemegang Ijazah Sarjana Muda saya sarankan untuk mohon Gred 41.

Jika pemohon di bawah gred sijil akademik yang anda ada biasanya susah untuk lepas tapisan awal SPA.

Selain itu pilih jawatan yang berkaitan dengan kelayakkan akedemik kerana ini boleh membantu anda mendapatkan tangga gaji yang lebih baik.

3. Peperiksaan SPA –

Seperti peperiksaan yang biasa, kita perlu membuat persiapan mental dengan sedikit latihan terutama mengasah bakat matametik yang tidak pernah tajam itu.

Namun jika punya kelemahan dalam sub ujian tertentu saya sarankan untuk minta bantuan kawan-kawan untuk jawab bersama. *nota (Jangan terlalu bergantung pada orang lain, masa adalah musuh nombor satu anda sewaktu peperiksaan ini berjalan)

4. Jangan Buat-buat Pandai

Contohnya panel ada tanya saya ” Tuan ada follow FB Jabatan Penerangan, saya jawab (Ya) “Tuan ada follow youtube Jabatan, saya jawab (Ya) kemudian dia terus tanya. Baiklah apa praduan terakhir yang Jabatan buat dalam bulan ini.

Terciduq kalau korang sembang kencang tadi, jadi bersikap jujurlah.

5. Seni Pengucapan

Apabila anda temuduga Gred 41 anda harus mempunyai sedikit pengetahuan akan Kementerian yang anda mohon. Ambil sedikit masa untuk kaji program dan sumbangan Kementerian dalam mendepani isu semasa.

Bersedia untuk di berikan tugasan pengucapan awam mengenai isu semasa. Anda mesti yakin dan ada kebolehan untuk menyelesaikan masalah.

6. Adab & Adat Bercakap – Ambil sedikit keberanian untuk bertanya pada pegawai yang bertugas untuk memberitahu Pangkat & Panggilan nama panel pemilihan.

Biasanya penemuduga ada 2 orang satu daripada SPA & Seorang lagi Pengarah/Bekas Pengarah Kementerian yang anda pohon.

7. Senarai Semak Temuduga SPA

Pihak SPA akan memuat naik satu link ‘senarai semak temuduga’.

Mereka akan minta untuk muat naik dokumen dalam pautan tersebut. Biasanya saya juga akan buat satu salinan ‘hard copy’ sebagai senarai semak dan buat sedikit nota sekiranya bahan yang di muat naik belom mencukupi.

Senarai semak temuduga ini adalah PENTING, saya pernah di hubungi oleh pihak SPA kerana salah meletakkan dokumen yang dimuat naik dan pihak mereka boleh batalkan tapisan kita sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat / mengelirukan.

8. RESUME

Sediakan satu resume yang lengkap dalam format yang cantik dan kemas. Ini adalah senjata kita yang terakhir yang boleh di bawa bersama sewaktu tempoh hari temuduga.

9. Keberkatan

Bunyi macam biasa, tapi kesannya luar biasa, percayalah. Ambil semangat dan restu daripada ibu ayah dan sahabat kita yang boleh dipercayai.

Ia membantu anda berlapang dada dan hati. Motivasi & kata-kata positif perlu senantiasa anda fikirkan sebab itu yang buat saya yakin dengan apa yang saya lalu sewaktu temuduga.Semoga memberi manfaat & membantu anda semua, mohon maaf sekiranya ada kekurangan dimana-mana.

Semoga Bermanfaat.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

FOLLOW JUGA TELEGRAM: Portalsemakan

Leave a Comment