3 Cara Nak Semak Saman Secara Online Dan Melalui SMS
Dahulu mungkin sukar untuk kita nak semak dan hendak mengetahui jumlah saman trafik yang kita ada. Tetapi, pada Justeru itu, dengan adanya sistem yang moden dan canggih seperti ini dapat dapat memudahkan kita dan mengelakkan kita dari mempunyai saman lampau yang tertunggak.
Pada masa kini nak semak saman trafik bukanlah satu perkara yang sukar. Mana tidaknya, anda tidak perlu bersusah payah nak ke balai polis semata-mata mahu semak saman trafik kita.
Macam Mana Cara Nak Semak Saman Trafik Secara Online??
Sebenarnya, untuk menyemak saman trafik ada beberapa portal yang boleh anda gunakan. Malah, portal-portal ini seringkali menjadi pilihan ramai orang ramai di luar sana menggunakan laman ini untuk menyemak saman mereka. Bukan itu sahaja, ada antara portal ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat di negara kita. Jom kami terangkan cara untuk anda menyemak saman. Antara caranya ialah:
1- Sistem Semakan MyEG
Sistem semakan MyEG adalah satu sistem yang sangat terkenal di dalam negara kita. Ramai yang meggunakan sistem MyEG untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran kenderaan mereka. Selain itu, di MyEG juga boleh di gunakan untuk anda menyemak saman trafik anda. Cara nak semak saman trafik menggunakan MyEG adalah dengan:
- Mula-mula, anda perlu melayari laman web rasmi MyEG terlebih dahulu ( Portal Rasmi MyEG)
- Kemudian, anda perlu tekan ikon Log Masuk atau Login. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan MyEG, anda perlu “Create An Account” terlebih dahulu
- Kemudian, pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada anda ingin semak saman PDRM, JPJ atau AES;
- Kemudian, masukkan segala maklumat yang diperlukan dan tekan butang Semak kemudian segala maklumat saman anda di keluarkan
2- Website Rasmi JPJ
Website rasmi JPJ juga sebenarnya salah satu portal yang di gunakan oleh kebanyakan dari kita untuk semak saman. Cara untuk semak saman di website JPJ adalah dengan:
- Mula-mula sekali anda perlu melayari portal Semakan Saman JPJ (Portal Rasmi Semakan Saman JPJ)
- Kemudian anda perlu pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
- Selepas itu, anda perlu Klik butang Semak
- Akhir sekali, sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES
Macam Mana Nak Semak Saman Trafik Melalui SMS??
Selain dari portal, SMS juga boleh di gunakan untuk anda semak saman trafik anda. Cara untuk semak saman trafik melalui SMS adaalah dengan:
- i. Check Saman PDRM melalui SMS
- Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
Hantar ke 15888 atau 32728 - Contoh – POLIS SAMAN CDK1 atau POLIS SAMAN 920201115394
- Jika anda mahu mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai saman anda, anda boleh emel ke emel berikut.
- Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan<jarak>alamat e-mel
Hantar ke 15888 atau 32728 - Contoh – POLIS SAMAN CDK1 [email protected] atau POLIS SAMAN 920201115394 [email protected]
ii. Check Saman JPJ melalui SMS - Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
Hantar ke 15888 - Contoh – JPJ SAMAN 920201115394 atau JPJ SAMAN CDK1
Dengan Adanya Sistem Semakan Saman Online Ia Sangat Membantu Dan Memudahkan Kita
Kesimpulanya, dengan adanya sistem semakan online sebegini, ia secara tidak langsung sangat membantu dan memudahkan kita. Dalam pada masa yang sama kita dapat dapat mengetahui dengan lebih lengkap mengenai kesalahan trafik yang telah kita lakukan.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Follow Telegram kami untuk info lebih lanjut Terima kasih.