Bantuan BISTARI Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) telah diumumkan dengan jumlah kewangan sebanyak RM100.
Ia diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan, selain dari usaha memudahkan urusan rakyat di masa hadapan.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan inisiatif di bawah Tabung Simpanan Pendidikan Anak Sabah ini:-
Baca Juga:
Permohonan Bantuan Kewangan TASPEN RM200
Sayangi Rumahku : Mohon Bantuan Baikpulih Rumah 2022
BISTARI
- Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah;
- Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN);
- Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.
Syarat Kelayakan Bantuan BISTARI
- permohonan BISTARI boleh dibuat secara atas talian – DI SINI.
Permohonan Bantuan BISTARI
permohonan BISTARI juga boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI) dan dihantar bersama dokumen-dokumen sokongan ke alamat:
- Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Tarikh permohonan BISTARI dibuka dari 01 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
- Bagi maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini, ia boleh dirujuk melalui Facebook Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, menghubungi 088-369872/ 012-8662419 atau hubungi Pegawai PTPTN.
Hebahan rasmi berkenaan BISTARI, boleh dibaca dan diteliti – DI SINI.
Disclaimers
Semua yang Myinfokerja kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan BISTARI Rm100 sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.