Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku bagi mereka yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.
Rumah yang telah uzur kini ditawarkan bagi pemohon yang layak.
Rujuk Juga
Permohonan Bantuan Sayangi Rumahku
- Warganegara Malaysia dan Berkahwin
- Berumur 45 tahun dan ke atas menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam negeri Perak
- Berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung
- Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu)
- Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
- Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)
Cara Mohon Bantuan Program Sayangi Rumahku
- Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my
Program Sayangi Rumahku
- Program ini menawarkan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah TANPA BAYARAN bagi rakyat negeri Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.
Terdapat 2 jenis bantuan yang ditawarkan iaitu:
Bantuan Baik Pulih
- Bantuan bagi yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki
Bantuan Bina Baharu
- Bantuan bagi yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat diduduki
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Yayasan Perak di talian 05 255 2929 / 05-246 0998.
ATAU
Sila rujuk ke
Pejabat Yayasan Perak
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000, Ipoh, Perak
Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
Pejabat ADUN
Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Permohonan Bantuan Baikpulih Rumah 2022 sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.