Kelayakan Permohonan Bantuan Skim Perlindungan Kesihatan

Sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu iaitu Bantuan Skim Perlindungan Kesihatan Nasional MySalam.

Lihat Juga:

Permohonan Bantuan Kewangan TASPEN RM200
Tarikh Pembayaran Bantuan BMT RM600

Bantuan Skim Perlindungan

Bantuan Skim Perlindungan

Bantuan Skim Perlindungan

Inisiatif ini pada asasnya melibatkan dua bentuk bantuan kewangan iaitu:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal;
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-
  • mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Permohonan Bantuan Skim Perlindungan

Bantuan Skim Perlindungan

 

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan tujuan bantuan yang ditetapkan, tuntutan MySalam boleh dilaksanakan dengan dua cara utama iaitu:

Tuntutan Penyakit Kritikal

  1. Layari portal rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  2. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;
  4. Log masuk ke portal rasmi MySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
  • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  1. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan Hospitalisasi

  1. Layari portal rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’;
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    Salinan Nota Discaj
    Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Rakyat Malaysia juga boleh membuat semakan kelayakan di portal rasmi MySalam. Oleh itu, untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini, boleh rujuk – DI SINI.

Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Skim Perlindungan Kesihatan:

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Sumber: Berikerja

Disclaimers

Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Kelayakan Permohonan Bantuan Skim Perlindungan Kesihatansahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Leave a Comment