Tarikh Pembayaran Bantuan BMT RM600

Menerusi pembentangan Belanjawan 2022, Bantuan BMT RM600 akan dibayar dalam 2 peringkat.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan musim tengkujuh.

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada pekebun yang tercicir untuk menerima bantuan tersebut.

Rujuk Juga

Bantuan BMT RM600

Tarikh Bayaran Bantuan BMT RM600

pembayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu:

  • PERINGKAT 1 – NOVEMBER (RM 300)
  • PERINGKAT 2 – DISEMBER (RM 300)

Semakan Bantuan BMT RM600

Terdapat 2 cara untuk membuat semakan iaitu

  • melalui laman web rasmi BMT RISDA disini https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
  • menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan

Cara Mohon Bantuan BMT

Sekiranya anda belum membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini, berikut adalah caranya serta dokumen yang diperlukan

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut

  1. Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  2. Geran asal tanah dan salinan
  3. Salinan buku akaun bank yang aktif

2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut

  1. Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  3. Salinan geran lot yang ditoreh
  4. Salinan buku akaun bank yang aktif
  5. Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  6. Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur

  • https://pekebunkecilmakmur.com.my/

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian

  • 03-4251 0171

Anda juga boleh terus layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/ untuk informasi penuh mengenai BMT 2022 ini.

Sumber: Kerjasemasa

Myinfokerja.com

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Tarikh Pembayaran Bantuan BMT RM600 sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Leave a Comment