Bantuan Air Selangor Percuma 2022: Cara Permohonan

Bantuan Air Selangor – Berikut adalah maklumat cara memohon permohonan skim Bantuan Air Selangor secara percuma 2022.

Semak maklumat di bawah cara untuk memohon bantuan air. Pastikan anda baca dan fahami kaedah yang perlu dilakukan untuk memohon bantuan permohonan air ini.

Kami Myinfokerja hanya menyiarkan maklumat info dan iklan bantuan sahaja dan jika anda ingin memohon, Klik pautan rasmi yang disediakan di bawah untuk memohon.

Bantuan Air Selangor

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah.

Menurut pihak Air Selangor pendaftaran untuk Sade dibuka sehingga 31 Disember 2024 dan mereka yang layak akan menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu.

Di bawah Inisiatif Skim Peduli Rakyat Negeri Selangor (SSIPR), hanya mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan Skim Air Percuma Selangor Darul Ehsan (SADE).

Oleh yang demikian, anda diminta untuk semak syarat-syarat permohonan program Skim Air Darul Ehsan (SADE) untuk mengetahui jika anda layak untuk menerima air percuma. Ringankan perbelanjaan bulanan anda melalui program SADE ini.

Bantuan Air Selangor

 

Syarat Kelayakan

Berikut adalah permohonan bantuan Skim Air Darul Ehsan ini, kelayakan dinikmati pengguna-pengguna yang menepati syarat-syarat seperti berikut:

1. Pemohon mestilah bersyaratkan warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor sahaja.

2. Pendapatan bulanan isi rumah berjumlah RM4,000 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan 3. 3. warganegara; dan bagi yang tiada pasangan/bujang).

5. Premis kediaman mempunyai meter individu.

6. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.

Nota:

Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima sebanyak 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga tarikh 31 Disember 2024. Mengikut kaedah yang sedia ada melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Cara Permohonan

Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat atas talian melalui portal Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) www.ssipr.selangor.gov.my.

Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel [email protected] atau melalui manamana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

Keputusan permohonan Skim Air Darul Ehsan akan dimaklumkan kepada pemohon.

Maklumat permohonan yang tidak tidak dapat didaftarkan dan lengkap tidak akan diproses .

Borang permohonan program boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:

  1. Laman sesawang www.airselangor.com
  2. Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
  3. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Air Selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju melanjutkan tempoh SADE untuk 3 tahun bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024 dan pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.

Info Dan Pertanyaan Bantuan Air Selangor

Untuk maklumat lanjut layari www.airselangor.com atau hubungi talian 15300

Sumber: Air Selangor

Kongsikan Maklumat di atas yang berkaitan untuk memohon permohonan skim bantuan air  selangor ini.

Join Telegram kami di portal info bantuan dan kerjaya.

Leave a Comment