Bantuan Zakat – Berikut adalah maklumat syarat kelayakan cara memohon permohonan Bantuan Zakat Malaysia terkini jun 2022.
Harap maklum kepada semua pembaca. Myinfokerja hanya menyiarkan info maklumat bantuan sahaja!.
segala info yang dikemaskini adalah daripada sumber yang sahih dan tepat.
Sekiranya anda ingin membuat sebarang permohonan, Permohonan hanya boleh dibuat di laman rasmi sumber. Sila Klik pautan yang disediakan di bawah jika ingin membuat permohonan.
Pastikan anda baca sampai habis dan fahami dengan betul kaedah yang diperlukan untuk membuat permohonan ini. Terima Kasih.
Bantuan Zakat
Pihak kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan, bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Antara bantuan-bantuan itu termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan MAIJ melibatkan jumlah sebanyak RM300 sehingga RM1,000 kepada yang berkelayakan. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan ini: –
Bantuan yang diperkenalkan MAIJ ini adalah sebuah skim bantuan zakat kepada para pelajar yang mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara pada peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda semester pertama. Jumlah bantuan adalah dengan pecahan berikut:
Sijil: RM300
Diploma: RM500
Ijazah Sarjana Muda: RM1,000
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia beragama Islam.
Anak kelahiran Johor dan menetap di Negeri Johor.
Bermastautin di negeri Johor sekurang-kurangnya lima tahun.
Mendapat surat tawaran menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan.
Pendapatan per kapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan (termasuk ketua keluarga).
Terbuka untuk kemasukan pendaffaran semester pertama sahaja.
Cara Memohon
Untuk yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), permohonan bantuan zakat ini boleh dibuat seperti yang disebut di hebahan rasmi MAIJ.
Bagi setiap permohonan, pemohon dikehendaki mengemukakan secara atas talian di sistem yang ditetapkan dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan.
Permohonan bantuan ini dibuka dari 1 Jun sehingga 30 Jun 2022, iaitu selama sebulan.
Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini sila rujuk DI SINI, dan permohonan boleh dikemukakan secara atas talian di SISTEM INI
Sumber:
Klik pautan di atas jika ingin memohon dan kongsikan maklumat ini kepada yang berkaitan dengan syarat permohonan bantuan zakat ini.
Join Telegram Portal Kami Untuk Lebih Banyak Info Maklumat Bantuan.
Lihat Juga Maklumat : Permohonan Bantuan Air Selangor Percuma 2022