MyASNB Cara Keluarkan ASB Online

MyASNB Cara Keluarkan ASB Online

MyASNB Cara Keluarkan ASB Online – Cara Keluarkan ASB Online, Menggunakan MyASNB. Musim kegawatan ekonomi ini, ramai yang memerlukan bantuan kewangan, ada diantara anda yang mungkin terpaksa mengeluarkan duit ASB anda untuk kelangsungan hidup.

Jika anda ingin tahu cara untuk keluarkan duit ASB online tanpa perlu pergi ke bank, mudah sahaja. Sila baca sehingga habis.

MyASNB Cara Keluarkan ASB Online

Cara Keluarkan Duit ASB Online Melalui Portal myASNB
Lihat langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:

Daftar sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB ini.
Tekan DAFTAR & isikan maklumat pengguna
Login seperti biasa bila dah daftar. Masukkan ID & KATA LALUAN.
Klik pada menu PORTFOLIO
Klik pada butang TRANSAKSI (rujuk gambar di bawah)
Pilih pada JUALAN BALIK
Baca & fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
Masukkan jumlah berapa RM yang anda ingin keluarkan duit ASB.
Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
Tekan pada butang TERUSKAN
Klik PERMINTAAN TAC & anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
Masukkan nombor TAC yang anda terima itu.
Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan di skrin.
Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.
Selesai!

NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri anda.

Semak Juga: Maklumat Jawatan Kosong KKM 2023,Mohon Sekarang!-MyInfokerja

Mohon Juga: Pengeluaran KWSP 2.0, Secara Bersasar

ASB Online

ASB Online

ASB Online

ASB Online

ASB Online

Maklumat Tambahan Tentang Pengeluaran ASB Online. Had Pengeluaran ASB Online

– Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM1000 sahaja untuk sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
– Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
– Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja sebulan.
– Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
*Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB. Had maksimum pengeluaran RM1,000.00.

Baca Juga: Lupa Password (Kata Laluan) / ID i-Akaun KWSP : Cara Kemaskini

Waktu Urusniaga
Waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang
Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut pengeluaran ASB online atau cara keluarkan duit ASB di bank dan kaunter.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel [email protected].

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment