Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Mei 2023
Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Mei 2023 – Bagi bulan Mei, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Mei 2023.
Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Mei, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Mei.
Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Mei akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.
Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Semakan Bayaran Bantuan Penerima JKM Melalui Portal eMaklum
Untuk membuat semakan pembayaran bantuan JKM bagi bulan Mei 2023, ikuti langkah-langkah berikut;
Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Mei 2023
Layari laman web e-Maklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
Masukkan no kad pengenalan
Masuk no akaun bank
Klik carian berdasarkan no. akaun bank
Pilih tarikh semakan. Contoh; 1/5/2023 sehingga 31/5/2023
Maklumat berkaitan pembayaran akan dipaparkan sebagaimana di bawah;
Penafian Jadual Palsu
Untuk makluman, Jabatan Kebajikan Negeri Sabah telah membuat satu kenyataan penafian bagi Jadual Bayaran Bantuan Bulanan JKM 2023 yang disebarkan dalam media sosial.
11 Jenis Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk makluman terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu;
Bantuan Kanak-kanak (BKK)
Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
Bantuan Am Persekutuan (BA)
Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
Tabung Bantuan Segera (TBS)
Bantuan Warga Emas (BWE)
Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
Semak Juga: KWSP: Majikan terkesan, pekerja juga terbeban
Mohon Juga: Jawatan Kosong Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tahun 2023
Objektif Pemberian Bantuan
– Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
– Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
– Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
– Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Cara Memohon Bantuan JKM
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Permohonan Manual
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang permohonan yang berkaitan:
1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Join Telegram: https://t.me/portalsemakanmalaysia
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Mei 2023