Syarat Kelayakan Pengeluaran Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP
Syarat Kelayakan Pengeluaran Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP – Untuk Makluman anda, Kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.
Dengan adanya program FSA2 ini memboleahkan ahli KWSP yang mempunyai masalah kewangan boleh menyelesaikan sementara aliran tunai melalui pembiayaan peribadi. Simpanan ahli kekal dalam akaun 2 dan terus akan menerima dividen tahunan KWSP.
Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Syarat Kelayakan Pengeluaran Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Perlaksanaan Pengeluaran Secara Fasa
Program Fasiliti sokongan akaun 2 pengeluaran kwsp bersyarat ini akan dibuat dalam 2 fasa seperti berikut :
FASA 1 – Permohonan dibuka kepada ahli berumur 40 hingga 50 tahun bermula 7 April 2023. Bagi semakan kelayakan amaun boleh dibuat mulai 5 April (rabu) – Layari laman rasmi FSA2 KWSP – https://fsa2.kwsp.gov.my
FASA 2 – Permohonan dibuka kepada ahli berumur 40 tahun dan ke bawah (tarikh akan diumumkan kelak).
– Ahli KWSP mempunyai baki minimum dalam akaun 2 sebanyak RM3,000
– Pembiayaan pengeluaran maksimum sehingga RM50,000 (Tertakluk pada baki akaun 2 KWSP)
– Tempoh bayaran balik adalah 10 tahun
– Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4 – 5 peratus faedah konvensional atau kadar keuntungan secara islamik.
Nota : Pihak KWSP akan membayar dividen dan prinsipal terkumpul dari akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank sebelum lebihan akan dipulang kepada ahli.
Syarat Kelayakan Pengeluaran Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP
Institusi Perbankan FSA2
Bank Simpanan Nasional (BSN)
MBSB Bank
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, anda boleh layari laman web rasmi – DISINI
Semak Juga: Semakan online akaun penyata kwsp, bagi mereka yang tidak biasa menggunakan aplikasi secara online
Mohon Juga: pembayaran bantuan barangan asas sebanyak rm2500 yang akan disalurkan kepada ketua isi rumah.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Syarat Kelayakan Pengeluaran Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP