Maksud keluar RM10K, ganti RM12K

Maksud keluar RM10K, ganti RM12K

Maksud keluar RM10K, ganti RM12K – Ini MaksudNYA. Ini Maksud Kena Ganti tersebut adalah ,KAhli KWSP di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April 2022.

Namun, pasti ramai pencarum telah membaca soalan lazim sebelum mula membuat permohonan, bagi memahami dengan lebih dalam dan jelas terma dan syarat pengeluaran.

MAKSUD GANTI 20% DARI PENGELUARAN

Adakah anda pening dengan soalan 15 pada FAQ Pengeluaran KWSP?

Ahli KWSP perlu menggantikan semula semua jumlah amaun yang telah dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

BACA JUGA INFO: Kategori Yang Dibenarkan Membuat Pengeluaran Wang KWSP

Kena ganti ke? Macam mana nak ganti? Baik keluar RM8,000 jer.. eh tapi kena ganti pulak! Jangan risau, anda tidak perlu membayar semula semua amaun yang dikeluarkan.

Maksud soalan ini adalah untuk menyatakan bahawa KWSP bakal menggantikan pengeluaran khas tersebut dengan caruman anda pada bulan berikutnya.

Biasanya, KWSP menggunakan nisbah 70:30 dalam membahagikan caruman tersebut ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebagai contoh, jika caruman anda RM1,000 sebulan, jika mengikut kebiasaan nisbah 70:30.

RM700 – akan terus ke Akaun 1.
RM300 – akan terus ke Akaun 2.

Tapi, sekiranya pengeluaran khas dibuat, nisbah 100:0 bakal digunakan.

Sebagai contoh, caruman anda RM1,000 sebulan, mengikut nisbah 100:0.

RM1000 – akan terus ke Akaun 1.
RM0 – akan ke Akaun 2.

Nisbah 100:0 ini akan terus digunakan sehinggalah baki Akaun 1 anda (termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan) digantikan semula. Ini bermakna, caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu pada nisbah 70:30.

Diharap dengan penjelasan ini, anda tidak perlu ragu-ragu dengan pengeluaran khas KWSP.

Maksud keluar RM10K, ganti RM12K

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

 

Leave a Comment