Cara Memohon Biasiswa Top Glove

Cara Memohon Biasiswa Top Glove

Cara Memohon Biasiswa Top Glove – Pemohon boleh memuat turun (Download) borang dari laman web Top Glove melalui pautan berikut;

https://www.topglove.com/storage/TG%20Foundation%20form/TGF_ScholarshipForm_21062021.pdf

Atau klik juga pautan di bawah untuk dowlnoad.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke;

TINGKAT 21, MENARA SARUNG TANGAN ATAS,
16, PERSIARAN SETIA DAGANG,
SETIA ALAM, SEKSYEN U13,
40170 SHAH ALAM,
SELANGOR D.E. MALAYSIA.
Tel : +603-3362 3098
Faks : +603-3362 3860
E-mel : [email protected]

*HANYA pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel dan/atau panggilan telefon.

Syarat Kelayakan Biasiswa Top Glove
Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah sebagaimana berikut;

-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
-Telah diterima masuk di mana-mana universiti awam dalam negara.
-Pemohon tidak memegang biasiswa/pinjaman lain daripada mana-mana perbadanan atau badan kerajaan lain.
-Pemohon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan serta mempunyai bakat kepimpinan yang baik.
-Pemohon mestilah dalam keadaan sihat dan fizikal yang tegap
-Pemohon mestilah mendapat 9A dalam SPM untuk subjek berkaitan & CGPA 3.5 ke atas di peringkat Matrikulasi/STPM/Asasi/A-Levels.

Bidang Yang Ditawarkan

Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah:

Kejuruteraan Mekatronik, Mekanikal, Kimia, Pembuatan, Elektrik dan Elektronik & Awam, Kimia/Bio Kimia/Fizik/Matematik, Sains Polimer/Sains Gunaan, Perakaunan, Perdagangan dan Kewangan, Statistik/Matematik, Pemasaran/E-Dagang, Ekonomi, Sains dan Teknologi Komputer, Sumber Manusia, Pentadbiran/Pengurusan Perniagaan.

Anugerah Biasiswa Top Glove ditubuhkan dengan objektif menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan yang mengikuti kursus ijazah sepenuh masa (prasiswazah).

Anugerah pengajian sarjana muda dibahagikan kepada dua kategori; anugerah untuk universiti awam tempatan dan anugerah untuk universiti Taiwan terpilih.

Sukacitanya Yayasan Top Glove menawarkan biasiswa kepada para prasiswazah yang memenuhi syarat kelayakan bagi memohon Anugerah Biasiswa Top Glove bagi tahun 2022.

Biasiswa Top Glove
Anugerah Biasiswa Top Glove adalah inisiatif daripada Yayasan Top Glove dimana mereka menawarkan biasiswa kepada pelajar ijazah sepenuh masa yang berkelayakan.

Biasiswa Top Glove

Nilai Biasiswa

Sekiranya permohonan diluluskan, para calon akan mendapat RM 13,000 setahun bagi biasiswa ini.

BACA JUGA INFO: Rumah Mesra 2022 Rakyat Cara Permohonan Terkini

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment