PERMOHONAN PENGELUARAN SKIM AKAUN 2 KWSP
Permohonan Pengeluaran Skim AKAUN 2 KWSP Yang Dibenarkan Untuk Membuat Pengeluaran Wang KWSP. Dan Pengeluaran Khas KWSP 2022. Bantuan Kerajaan, Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan JKM, Bajet.
AKAUN 2 KWSP
Pengeluaran Khas SKIM AKAUN 2 KWSP 2.0 sangat dituntut oleh para pencarum sehingga pelbagai cara telah dibuat agar pihak kerajaan membenarkan pengeluaran tersebut.
Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada ura-ura yang mengatakan bahawa pihak KWSP akan meluluskan Pengeluaran Khas untuk edisi kedua ini.
Terdapat seorang warga awam yang telah membuat sebuah petisyen untuk mengumpul rakyat yang menyokong pengeluaran KWSP tersebut.
Petisyen tersebut telah diisi sehingga mencecah 100 ribu yang menandakan jumlah rakyat yang menyokong Pengeluaran Khas tersebut.
SKIM PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP
Sekiranya anda memerlukan SKIM AKAUN 2 KWSP anda khususnya pada akaun 2, anda boleh dapat sekiranya menepati syarat dan kelayakan anda.
Walau bagaimanapun, pihak KWSP telah menyediakan beberapa skim pengeluaran yang dibenarkan tetapi mengikut syarat dan kelayakan pencarum sahaja.
Ini bermaksud, pengeluaran tersebut tidaklah terbuka sebagaimana Pengeluaran Khas.
Terdapat pelbagai jenis kategori yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran SKIM AKAUN 2 KWSP secara bersyarat, ini adalah 4 kategori yang umum perlu tahu
PENGELUARAN UNTUK MEMBELI RUMAH
Sekiranya anda berminat untuk memiliki sebuah rumah idaman, pihak KWSP memberi kemudahan kepada pencarum untuk memiliki rumah pertama sama ada melalui pembelian rumah lelong, rumah subsale, pembelian Rumah Mesra Rakyat dan pembinaan rumah sendiri.
PEMBAYARAN IBADAH HAJI
Anda boleh mengeluarkan wang tersebut melalui permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji. Para bakal haji, boleh mengeluarkan wang simpanan pada Akaun 2 untuk mengurangkan bebanan kos.
PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
Sekiranya anak anda masih belajar di universiti atau kolej, anda mampu menampung pembayaran yuran mereka menggunakan wang Akaun 2 KWSP sekiranya (jika ada) PTPTN tidak mencukupi dan lain-lain.
PEMBAYARAN RAWATAN PERUBATAN
anda turut boleh mengeluarkan wang Akaun 2 untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan. Sekiranya anda menghidapi 36 penyakit kritikal.
Disclaimers – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.
Sumber : Kerjasemasa
Baca di sini : Pendaftaran Dan Permohonan Rumah PPRT 2022