Luluskan RM10k i-Citra segera, rakyat sudah terdesak

Pengeluaran i-Citra RM10,000 Perlu Disegerakan

Kerajaan perlu segerakan keputusan membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one-off kepada rakyat yang memerlukan.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Ketua Pemuda Umno, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataannya di Facebook berkata, kerajaan terutamanya Menteri Kewangan perlu mempercepatkan keputusan membenarkan pengeluaran tuntutan rakyat ini tanpa perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022.
  • Walaupun sebelum ini terdapat bayangan keputusan pengeluaran ini dijangka akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022, namun rakyat rata-ratanya dalam keadaan terdesak dan memerlukan sumber kewangan dan salah satunya adalah melalui pengeluaran KWSP i-Citra RM10 ribu secara “one-off”.
  • Sebelum ini, kerajaan memaklumkan akan memperhalusi dan mengkaji secara menyeluruh mengenai cadangan untuk menaikkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra.
  • Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata pertimbangan tersebut akan mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan akan disalurkan oleh kerajaan, bagi meringankan beban ahli KWSP yang terjejas.
  • Sementara itu, ramai netizen di ruangan komen Facebook Dr Asyraf Wajdi amat bersetuju dengan cadangan disegerakan pengeluaran ini.
  • Semua amat mengharapkan pengeluaran 10K disegerakan bagi tujuan kelangsungan hidup seperti membayar hutang, memulakan perniagaan baharu dan sebagainya.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment