Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)
Apa itu Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?
Bantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.
Bantuan ini adalah sebahagian daripada Pakej PEMULIH atau nama penuhnya Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
Syarat Kelayakan dan Kriteria
- Kategori penerima yang layak menerima BKP adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan
PERKESO seperti berikut:
i. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6
bulan pada tahun 2020; dan
ii. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut
sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).
Amaun bantuan
Bantuan berjumlah RM500 secara one-off.
Semakan Status
Semakan status BKP boleh dibuat di Portal Rasmi BKP (https://bkp.hasil.gov.my) mulai 26 Oktober 2021.
Sila ikuti langkah semakan di bawah
- Layari https://bkp.hasil.gov.my/
- Masukkan Nombor MyKad
- Masukkan kod kaptcha yang betul
- Paparan semakan status akan dipaparkan sama ada berjaya ataupun tidak sebagaimana di bawah
Bilakah pembayaran pertama BKC?
Bermula 26 Oktober 2021 secara berperingkat.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila lihat maklumat lanjut mengenai BKP di sini. Sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih