Kadar Bayaran Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Seorang
Kadar Bayaran Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Seorang- Bantuan Warga Emas. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan Warga Emas (BWE) bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang
Kadar Bayaran Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Seorang
Syarat Kelayakan
– Warganegara yang bermastautin di Malaysia
-Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
-Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
-Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
-Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
-Warga emas yang bukan tinggal di:
-Institusi kendalian JKM; atau
-Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
-Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan
Cara Memohon
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan penyata gaji (jika ada); dan
Kadar Bayaran Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Seorang
Lain-lain dokumen yang berkaitan
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Semak Juga: Bantuan Kewangan RM200 one-off Telah Mula Dikreditkan Kepada Rakyat
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Kadar Bayaran Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan Seorang