Bantuan Kewangan RM200 one-off Telah Mula Dikreditkan Kepada Rakyat
Bantuan Kewangan RM200 one-off Telah Mula Dikreditkan Kepada Rakyat – Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya Bantuan e-Tunai yang diperkenalkan di bawah Bajet 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Februari lalu.
Bantuan Kewangan RM200 one-off Telah Mula Dikreditkan Kepada Rakyat
Bantuan Kewangan RM200 one-off Telah Mula Dikreditkan Kepada Rakyat
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan ini:-
Bantuan Kewangan RM200
Bantuan kewangan yang diperkenalkan sebanyak RM200 adalah dalam bentuk e-Tunai dikenali sebagai eBeliaRahmah.
Bantuan e-Tunai yang melibatkan peruntukan RM400 juta itu bertujuan meneruskan usaha memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan belia.
Syarat kelayakan
– Rakyat Malaysia
– Mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2023 (lahir
pada tahun 2003 hingga 2005); ATAU
– Menjadi pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023,
tanpa had umur pada peringkat diploma setara atau SKM4
dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) yang
– berdaftar dengan salah satu daripada kementerian berikut
(dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
– Kementerian Pengajian Tinggi;
– Kementerian Pendidikan;
– Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan;
– Kementerian Pertahanan;
– Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
– Kementerian Belia dan Sukan;
– Kementerian Sumber Manusia;
– Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; dan
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Cara memohon
Bagi mereka yang masih belum memohon dan menebus bantuan ini, ia boleh dilakukan secara dalam talian melalui platform e-Cash seperti Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.Bagi mereka yang masih belum memohon dan menebus bantuan ini, ia boleh dilakukan secara dalam talian melalui platform e-Cash seperti Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.
Tempoh untuk memohon dan menebus e-Tunai ini telah pun dibuka mulai jam 8 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023. Sementara itu, kredit eBeliaRahmah dan faedah padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terbabit boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos. 2023.
Dimaklumkan, penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 pembekal perkhidmatan e-dompet sahaja.
Untuk maklumat lebih lengkap berhubung pelaksanaan inisiatif ini, sila rujuk Portal Rasmi Kementerian Kewangan Klik Sini
Semak Juga: elak pengeluaran demi hari tua, KWSP bukan ubat tahan sakit.
Mohon Juga: Jawatan Kosong Telekom Malaysia 2023 Dibuka TERKINI JULAI
Bantuan Kewangan RM200 one-off Telah Mula Dikreditkan Kepada Rakyat
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.