Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan Mula Tahun Hadapan
Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan Mula Tahun Hadapan. Pengumuman terbaru yang dibuat mengenai Gaji Penjawat Awam Yang Akan Dinaikkan Mula Tahun Hadapan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Temu Anwar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk melakukan pelarasan gaji pensyarah, profesor, dan penjawat awam menerusi Belanjawan Madani kedua yang akan dibentang di Parlimen pada bulan Oktober ini. Beliau menyatakan bahawa langkah ini diambil sebagai tindakan sementara sehingga kajian menyeluruh mengenai skim gaji dan persaraan penjawat awam dapat diselesaikan, yang dijangka akan berlangsung pada tahun depan.
BACA JUGA:
Tarikh Pembayaran Bantuan JKM Bagi Bulan September 2023
Bayaran STR Fasa 4 – Jumlah Mengikut Kategori MySTR 2023
“Kami dapati bahawa gaji pensyarah, profesor, dan penjawat awam tidak pernah dikaji atau dinaikkan selama 10 hingga 12 tahun, walaupun mengikut peraturan, seharusnya terdapat pelarasan setiap 10 tahun,” katanya semasa sesi soal jawab dalam program Temu Anwar Johor Bahru di UTM pada Ahad lalu.
Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji perkara ini. Program Temu Anwar yang berlangsung selama sejam setengah itu turut dihadiri oleh hampir 4,000 pelajar, pendidik, dan orang awam. Turut hadir dalam acara tersebut adalah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail. Sumber : Sinar Harian
Jangan terlepas informasi terkini dan terpantas daripada kerajaan Malaysia mengenai pelbagai berita semasa, ulasan kontemporari dan lain-lain melalui komuniti telegram Malaysia madani kami. Sila klik pada pautan dibawah untuk lebih lanjut:
Join telegram:
https://t.me/portalsemakanmalaysia
https://t.me/semakanMy
Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan Mula Tahun Hadapan
Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan Melalui Belanjawan Madani
Seperti mana diketahui kerajaan Malaysia Madani sedang mengorak langkah menuju negara maju dengan mengambil berat aspek kebajikan rakyat Malaysia melalui penetapan gaji. Tidak lama lagi akan berlansungnya pembentangan bajet belanjawan oleh kerajaan Malaysia di parlimen negara.
Sesuai dengan tema Malaysia Madani yang mempunyai 6 teras utama akan dapat mewujudkan satu sinar baharu bagi rakyat Malaysia yang mengharapkan yang terbaik daripada kerajaan. Akan ada banyak lagi yang akan dibangkitkan beberapa kepentingan rakyat agar diagihkan dengan saksama.
Kerajaan Malaysia memfokuskan kenaikan gaji untuk penjawat awam atas faktor:
Gaji permulaam penjawat awam masih belum mencapai minimum RM1,500 bahkan lebih rendah daripada penetapan gaji minimum swasta.
Mengkaji balik gaji penjawat awam yang bergred rendah.
Terdapat beberapa skim gaji penjawat awam yang masih ditakuk lama
Apa-apa pun keputusan dan pemerhatian oleh kerajaan Malaysia, ianya adalah satu usaha kerajaan yang akan dapat membantu rakyat kelak dari segi kenaikan gaji yang dijangkan akan membantu menstabilkan kuasa jual beli rakyat sekaligus dapat melonjakkan jurang ekonomi negara.
Untuk pandangan gaji penjawat awam yang sedia ada dan ada yang sudah dikemaskini, anda boleh ikuti lebih lanjut dengan melihat portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai gaji minimum dan maksimum para penjawat awam.
Kerajaan Berusaha Menaikkan Gaji Keseluruhan Rakyat Malaysia
Adalah penting untuk memahami bahawa dalam setiap ekonomi, kenaikan harga barangan adalah perkara yang berlaku secara berterusan disebabkan pelbagai faktor. Apa yang perlu diawasi kerajaan adalah agar kadar kenaikan ini adalah stabil dan tidak mendadak. Jika kenaikan ini disebabkan oleh kadar inflasi yang tinggi dan ia berterusan, itu merupakan petanda bahawa ekonomi berada dalam keadaan tidak sihat dan boleh mengalami kemerosotan yang perlu untuk kerajaan elakkan. Untuk ulasan lebih lanjut mengenai kenaikan gaji adalah selaras ekonomi boleh rujuk dibawah.
Sasaran Menaikkan Peratusan Gaji Atas Pendapatan
Dalam kertas mengenai Ekonomi Madani, terdapat 9 cabaran struktur ekonomi negara yang telah dibentangkan. Antara cabaran tersebut, terdapat dua yang berkaitan dengan pendapatan rakyat:
Bahagian pendapatan rakyat dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya mencapai 32.4%.
Gaji purata dan gaji penengah adalah masing-masing RM 3,037 dan RM 2,250.
Dalam konteks ini, untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, perlu dilakukan peningkatan pendapatan dan gaji. Salah satu ukuran yang digunakan adalah peratusan pendapatan rakyat dari KDNK. Pada tahun 2022, peratusan ini hanya mencapai 32.4%. Dalam Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025), sasaran telah ditetapkan pada 40%. Manakala dalam Rancangan Ekonomi Madani, sasaran peratusan ini adalah untuk mencapai 45% dalam tempoh kurang dari 10 tahun dari sekarang.
Adalah normal jika para majikan merasa tertekan dengan cadangan ini, terutama jika mereka telah mengandalkan kos buruh yang rendah dalam perindustrian mereka selama beberapa dekad. Tetapi perlu diingat bahawa untuk membentuk semula ekonomi, kita perlu mempertimbangkan model yang berbeza daripada status quo.
Penting untuk mencapai keseimbangan antara meningkatkan pendapatan rakyat dan menjaga pulangan perniagaan. Ini mungkin melibatkan pengenalan industri baharu yang mengutamakan gaji yang tinggi, serta peningkatan produktiviti di tempat kerja. Tanpa peningkatan produktiviti, model gaji progresif mungkin tidak akan berkesan.
Penting untuk diingat bahawa pembentukan semula ekonomi negara memerlukan perancangan yang teliti dan terstruktur, serta kerjasama semua pihak. Perdebatan yang mendalam dan konstruktif adalah cara yang baik untuk menjalankan proses ini. Walaupun tidak semua orang mungkin bersetuju, perbincangan yang komprehensif adalah langkah yang positif dalam menghadapi cabaran ekonomi.
Join telegram:
https://t.me/portalsemakanmalaysia
https://t.me/semakanMy
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.