Bayaran STR Fasa 4 – Jumlah Mengikut Kategori MySTR 2023

Bayaran STR Fasa 4 – Jumlah Mengikut Kategori MySTR 2023

Bayaran STR Fasa 4 – Jumlah Mengikut Kategori MySTR 2023

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup/

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 4

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:

– Tiada Anak RM200
– 1 – 2 Anak RM600
– 3 – 4 Anak RM900
–  5 Anak RM1200

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

– Tiada Anak RM0
– 1 – 2 Anak RM0
– 3 – 4 Anak RM300
–  5 Anak RM500

Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas) RM200

Bujang OKU (19 – 59 Tahun) RM0

Bujang 21 – 59 Tahun RM0

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023

Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak

Semak sini: Kredit e-Tunai : Bantuan e-Tunai Tambahan

Semak juga: Bantuan KWSP RM500 Kerajaan Bersetuju Memberikan Sebanyak Kepada Pencarum

Bayaran STR Fasa 4

Semakan Status STR Fasa 4 – Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Soalan Lazim (FAQ)

Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah

– Kahwin: atau

– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan

– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Warga Emas Tiada Pasangan

– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Bujang

– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat

Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima STR Fasa 3 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan.

Semakan Status STR fasa 4 boleh dibuat di laman web STR

Tarikh pembayaran STR Fasa 4 bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak yang tidak mempunyai maklumat akaun bank akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Bayaran STR sekaligus secara tunai akan dibuat melalui pihak Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak secara bersepadu berdasarkan jadual lokasi dan tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.

Jadual lokasi dan tarikh pembayaran boleh dirujuk pada Portal Rasmi STR dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment