Cara Daftar Mudah EKasih Secara Online 2023
Cara Daftar Mudah EKasih Secara Online 2023. Portal e-Kasih adalah sebuah portal yang menyimpan segala rekod bantuan yang diterima oleh individu dan rakyat, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) termasuklah data Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Pemohon yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang RM 1,500 sebulan yang berada di bandar atau RM 1,000 sebulan yang berada di luar bandar digalakkan untuk mendaftar dalam portal e-Kasih.
Sila baca artikel sehingga selesai untuk mengetahui langkah-langkah permohonan dan semakan bantuan.
Cara Daftar Mudah EKasih Secara Online 2023
BACA JUGA:
Bayaran Bantuan JKM – Tarikh dan Jadual Pembayaran
Anda boleh semak KWSP anda melalui No kad pengenalan anda!
Data Dan Info Yang Terdapat Dalam Sistem eKasih
Maklumat asas KIR & AIR
Nama penuh
Nombor kad pengenalan
Alamat tempat tinggal
Pekerjaan dan
Pendapatan
Bagi penerima BPR, pemberian bantuan akan berteraskan data-data yang ada dahulu. Oleh itu pemohon atau penerima perlu mengemaskini maklumat dari masa ke masa supaya proses pemberian bantuan akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Untuk makluman, data-data di dalam sistem ini eKasih ini akan disepadukan dengan data agensi lain untuk memudahkan proses pemberian bantuan kepada mereka yang layak.
Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM melancarkan portal bantuan bagi semua yang memerlukan. Portal eKasih merupakan pengkalan data dan statistik untuk kalangan rakyat Malaysia yang berada di paras kemiskinan untuk diberikan peluang di kemudian hari di bawah program kemiskinan di Malaysia.
Syarat Kelayakan Memohon
Jika tinggal dibandar dan pendapat sebulan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Jika pendapatan anda kurang daripada RM1000 tetapi tinggal di kawasan luar bandar.
Permohonan Bantuan eKasih
Permohonan eKasih boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui portal rasmi e- Kasih. Sila tekan pada pautan untuk melayari Portal eKasih KLIK DISINI
Menerusi sistem ini, pengguna boleh membuat :
Semakan status kemiskinan secara dalam talian
Penyelaras maklumat bantuan
Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara dalam talian
Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
Pemantauan kemiskinan
Langkah Membuat Semakan eKasih Secara Online
Sila masukkan nombor kad pengenalan anda, kemudian tekan butang untuk semakan.
2. Sekiranya nama anda tiada di dalam senarai nama penerima bantuan e-kasih, sistem akan terpapar info seperti dibawah.
Langkah Melakukan Pendaftaran eKasih 2023 Secara Manual
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Sila rujuk langkah di bawah
Sila pergi ke mana-mana cawangan Unit Pembangunan Pejabat daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang anda boleh memohon untuk bantuan ini.
Kakitangan pejabat akan membantu anda melakukan pendaftaran ekasih.
Sila pastikan dokumen yang kakitangan pejabat mahukan adalah lengkap. Setiap dokumen bagi setiap individu atau pemohon yang kakitangan Pejabat Daerah diperlukan adalah berbeza-beza.
Selepas surat permohonan dihantar, sila tunggu kedatangan kakitangan pejabat daerah bahagian pembangunan ke rumah anda untuk mengedarkan permohonan.
Status layak atau tidak, penilaian akan dibuat menerusi sistem online ini.
Jenis Bantuan eKasih Portal Pembasmian Kemiskinan
1) Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Anda juga layak menerima STR 2023 yang diumumkan kerajaan Malaysia baru baru ini.
2) Pendaftaran Ekasih Bantuan Sara Hidup 2023
Jikalau nama tersenarai dalam senarai portal pembasmian kemiskinan anda layak mendapat bantuan e kasih melalui semakan bantuan sara hidup bsh 2023 sehingga RM1,200 setahun. Dan setiap anak-anak, anda juga dapat tambahan Rm120 setiap seorang.
3) Bantuan iSuri KWSP
Bagi yang tersenarai dalam pengkalan data semakan kwsp suri rumah, secara automatiknya anda selaku isteri akan menerima pembayaran caruman KWSP suri rumah di bawah nama Program Sukarela Insentif (SURI).
4) Ekasih Bantuan Ibu Tunggal & Warga Emas
Bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem ini.
5) Ekasih Bantuan OKU & Bantuan Anak Yatim
Setiap kali kerajaan mengumuman secara one off kepada bantuan oku dan bantuan anak yatim, biasanya kerajaan akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data portal pembasmian kemiskinan untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.
6) Daftar E Kasih Bantuan Persekolahan
Pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana nama ibu bapa sudah tersenarai dalam portal pembasmian kemiskinan, ekasih.icu.gov.my daftar menerima bantuan persekolahan.
7) Bantuan Prihatin Nasional BPR
Anda semestinya diberikan keutamaan untuk turut menerima pengumuman bantuan ini oleh kerajaan Malaysia.
8) Permohonan mytv percuma
Anda layak untuk mohon mytv free ini selepas nama anda berjaya dalam sisten data ekasih.icu.gov.my daftar.
Maklumat Lanjut Bantuan eKasih
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan permohonan atau cara untuk melakukan pendaftaran e kasih online 2023, sila hubungi nombor telefon yang tertera seperti di bawah:
NEGERI NOMBOR TELEFON
PERLIS 04-9731976
KEDAH 04-7209236
PULAU PINANG 04-2185700
PERAK 05-2497400
SELANGOR 03-55213600
KUALA LUMPUR 03-40420260
NEGERI SEMBILAN 06-7659945
MELAKA 06-3333333
JOHOR 07-2234777
PAHANG 09-5178208
TERENGGANU 09-6272000
KELANTAN 09-7455000
SARAWAK 082-446582
PUSAT BANTUAN E KASIH SABAH 2023 088-484800
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.