Cara Memohon Bantuan Anak RM1000
Cara Memohon Bantuan Anak RM1000. Kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan dana bantuan RM1,000 untuk kanak-kanak yang dilahirkan pada 2019. Bantuan Anak RM1000
Bantuan Anak RM1000 bertujuan membantu anak-anak Sarawak membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, memulakan kerjaya atau menjadi modal perniagaan kecil.
EFS merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak menyediakan geran RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah bagi kelahiran setiap anak Sarawak mulai 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.
Bantuan ini juga merupakan simpanan khas untuk anak kelahiran Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Endowment Fund (EFS).
Semak sini: Jawatan Kosong Unit Tenaga Negeri Sabah 2023
Semak juga: Senarai Jenis Pengeluaran Sebahagian KWSP 2023 Yang Dibenarkan Keluar
Cara Memohon Bantuan Anak RM1000
Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak dengan membawa:
– Salinan MyKAD/Biometrik Ibu atau Bapa berstatus “K”. (**Salinan mesti disahkan oleh pegawai JPN)
– Salinan sijil kelahiran bayi
– Borang Permohonan EFS – Muat Turun Borang
Kadar Bantuan EFS
Jumlah bantuan yang diberikan dalam bentuk simpanan ialah RM1,000.
Syarat Kelayakan Bantuan EFS
Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan EFS:
– Seorang atau kedua-dua ibu bapa pemegang MyKAD mempunyai status “K”; (iv) Permohonan difailkan semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun kelahiran.
– Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
– Rakyat Malaysia
Kategori Anak Angkat
Ibu bapa angkat atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKAD berstatus “K”. Mempunyai sijil pengangkatan anak yang sah
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, layari website rasmi di isarawakcare atau hubungi talian hotline KPWKK 082-442050
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.