Bina Rumah Atas Tanah Sendiri : Syarat & Permohonan

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri, Semak syarat permohonan yang diperlukan di bawah ini.

Bagi anda yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri, kerajaan ada menyediakan Skim Pinjaman Perumahan Untuk golongan yang berpendapatan rendah yang bertujuan membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka.

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Syarat – Syarat Yang Diperlukan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia dan Berumur 21 hingga 71 tahun.

Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan serta Bekerja dan mempunyai pendapatan.

Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga dan Belum mempunyai rumah.

Jumlah pendapatan kasar isi rumah antara RM1,000 ke RM3,000 sebulan.

Syarat Permohonan bina rumah atas tanah sendiri. Berikut adalah syarat yang harus anda penuhi sebelum membuat permohonan bina rumah ini.

Untuk membuat cagaran tanah, syarat berikut hendaklah dipenuhi seperti mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.

Menggunakan pelan yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara dan tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri.

Sebelum mohon anda mesti Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan dan Mempunyai pendaftaran Syarikat atau Perakuan CIDB yang masih sah.

Selain itu, pemohon harus Menggunakan kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN serta memilki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000 dan memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.

Bagi syarat pembinaan rumah pula, pemohon hendaklah rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 hingga 1000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.

Pemohon juga Menggunakan pelan yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara dan tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri.

Selain daripada itu, pemohon yang Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.

Cara Membuat permohonan

Anda boleh membuat permohonan bina rumah atas tanah sendiri dengan menghantar borang permohonan ke alamat yang tertera di muka depan borang.

Borang Permohonan – KLIK SINI

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri ini, anda boleh menghubungi:

Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269
Emel: [email protected]

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan dari sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Lihat Juga : Bantuan Bayi 2022: Permohonan & Syarat Kelayakan

Lihat Juga : Bantuan Tambahan Bkm Rm500 & Kadar Bayaran Terkini 2022

Leave a Comment