Bantuan Tambahan Bkm Rm500 & Kadar Bayaran Terkini 2022

Bantuan Tambahan Bkm sebanyak rm500 terkini bagi tahun 2022 ini. Selain daripada jumlah asas bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), penerima yang layak juga akan menerima Bantuan Tambahan BKM berdasarkan jumlah pendapatan dan bilangan anak yang ditetapkan.

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan Bantuan Tambahan Bkm.

Bantuan Tambahan Bkm

Bantuan Tambahan Bkm merupakan kadar bayaran tambahan yang diberikan kepada penerima yang layak dari kategori Isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) dan kategori isi rumah berstatus warga emas berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Kadar Bayaran

Kadar bayaran bantuan tambahan bkm adalah antara RM300-RM500 yang akan diberikan kepada penerima isi rumah. Lihat contoh berikut:

Tambahan RM500 kepada penerima dalam kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat; atau
Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

Dalam hal ini, penerima di atas akan menerima pembayaran berdasarkan jumlah berikut. Lihat rujukan gambar di bawah.

Bantuan Tambahan Bkm

Kaedah Bayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM atau ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Sekiranya Gagal dikreditkan ke akaun yang tidak aktif atau akaun yang telah lama ditutup, anda boleh membuat tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Bantuan Tambahan Bkm

Semakan BKM Tambahan

Untuk mengetahui sama ada anda menerima bayaran ini, semakan boleh dibuat di portal MyBKM melalui pautan berikut. –

https://bkm.hasil.gov.my/

Melalui semakan status anda akan melihat maklumat berkaitan BKM termasuk maklumat BKM Tambahan (sekiranya layak).

Bantuan Tambahan Bkm

Tarikh bayaran

Pembayaran BKM akan dilaksanakan melalui empat fasa iaitu;

BIL FASA TARIKH

1 Fasa 1 Mac
(sudah dibayar)

2 Fasa 2 Mulai 27 Jun
3 Fasa 3 September
4 Fasa 4 Disember

Disclaimers – Semua yang admin perkongsian ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Bantuan Tambahan Bkm sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Lihat Juga : Tarikh Pembayaran Bantuan Bujang RM600 Terkini 2022

Lihat Juga : Tarikh Bayaran BKM 2022 Fasa 2 Mengikut Bank

Leave a Comment