Permohonan Bantuan Peranti Tablet Percuma Kepada Setiap Pelajar B40 di IPT!!

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Tablet Percuma Siswa B40

Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan November 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
  • Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
  • Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
  • Inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 melalui sidang Dewan Rakyat;
  • “Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi. “
  • “Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan 450 juta ringgit di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira- kira 65 juta ringgit. Insya-Allah, seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.”

Syarat dan Kelayakan PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Mereka yang layak untuk mendapat bantuan tablet ini adalah dari kalangan Pelajar IPT sepenuh masa keluarga B40.

Permohonan

Buat masa sekarang kerajaan belum memperincikan kaedah dan cara pemohonan bantuan ini.

Ia dijangka akan diumumkan pada tahun 2022 memandangkan bantuan ini merupakan sebahagian daripada peruntukan Bajet 2022.

Syarikat Komunikasi Yang Terlibat

Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).Perantisiswa RM800 setiap tablet

Tarikh Pendaftaran Pakej PerantiSiswa

Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022 iaitu sekitar April hingga Jun 2022.

Harga

Dalam satu kenyataan video yang keluarkan oleh Menteri Kewangan, harga bagi peranti ini adalah RM800 setiap tablet.

Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM 450 juta yang akan memanfaatkan 600,000 siswa dalam kalangan keluarga B40 di seluruh negara.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment