Dos penggalak diberikan kepada individu 40 tahun ke atas
Individu yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi akan mula mendapatkan dos ketiga/dos penggalak atau booster shot.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan November 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan berita
- Suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 akan diperluaskan kepada individu berusia 40 tahun ke atas mulai hari ini.
- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata, orang ramai akan menerima janji temu melalui MySejahtera bagi mendapatkan suntikan berkenaan.
- “Sekarang ini kita dah mula program Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Booster atau dos penggalak kepada penduduk di Malaysia.
- “Mereka yang layak ialah berusia 40 tahun dan ke atas dan juga mereka yang mempunyai komorbiditi.
- “Mereka menerima janji temu melalui MySejahtera,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter.
- Khairy turut menggesa orang ramai yang sudah menerima janji temu menerusi MySejahtera untuk hadir pada tarikh dan masa ditetapkan.
- Kerajaan sebelum ini bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi golongan rentan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
- Jelas Ismail Sabri, keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi.
Sumber: Bharian
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih