Permohonan Bantuan OKU Orang Kurang Upaya

Bantuan OKU

Berikut adalah info cara untuk memohon permohonan bantuan orang kurang upaya OKU dan syarat kelayakan yang perlu ada seblum membuat permohonan bantuan.

Bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan OKU

Keluarga atau OKU yang ingin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

Warganegara yang bermastautin dan berkerja di Malaysia, berumur 16 tahun dan ke atas dan pemegang kad OKU JKM yang berpendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah.

Tidak berupaya bekerja dan pemohon mestilah yang bukan penghuni atau pelatih Institusi kendalian JKM seperti pusat jagaan harian atau berkediaman yang menyediakan perkhidmatan secara percuma serta yang menyediakan program pemulihan dalam komuniti.

Sumber kewangan (pencen, perkeso, bantuan dll) bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.

Pemohon adalah penjaga sepenuh masa yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar seperti pesakit terlantar dan pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.

Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.

Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Bantuan OKU:

Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran anda dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan seperti Kad pengenalan pemohon, Salinan kad pengenalan suami atau isteri / ibu / bapa atau anak yang tinggal bersama, Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, Salinan penyata gaji (jika ada), dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Borang yang berkaitan adalah borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan), Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) dan Borang Permohonan pendaftaran OKU Pindaan 2019.

Klik pautan dibawah untuk muat turun borang yang berkaitan:

Borang JKM 18
Borang JKM 20
Borang Permohonan pendaftaran OKU Pindaan 2019

Jumlah Bantuan OKU Yang Diberikan:

Berikut adalah jumlah bayaran yang diberikan bagi setiap bantuan:

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU): RM450 Sebulan Seorang
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB): RM300 Sebulan Seorang
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT): RM500 Sebulan Seorang

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

SUMBER: Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat

Harap Maklum – Segala info maklumat yang Myinfokerja maklumkan di atas adalah daripada sumber info yang sahih. Dan kami hanya membantu menyiarkan info bantuan sahaja manakala sebarang permohonan atau semakan lanjut hendaklah dibuat di laman rasmi permohonan bantuan. Klik pautan yang disediakan untuk memohon.

Lihat Juga Info: KWSP Pengeluaran Khas RM10000 2.0

Join Telegram Rasmi Kami

Bantuan OKU

Leave a Comment