BKM Fasa 2 – Semak status bantuan bkm anda dan kemaskini permohonan jika sekiranya terdapat perubahan maklumat pada permohonan.
Menerusi pengumuman Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, jumlah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berbeza mengikut kategori penerima.
Ini kerana Ia meliputi kategori isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan sehingga isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah.
Individu bujang juga akan menerima bantuan bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.
Semakan Status BKM Fasa 2
Semakan keputusan permohonan BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu buat semakan di laman web rasmi permohonan KLIK PAUTAN paling bawah yang kami sediakan.
Selain itu semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih BKM 2022 dengan memuat turun di Play Store untuk platform Android dan di App Store untuk platform iOS
Berikut adalah panduan jika anda membuat semakan secara dalam talian:
1. Tekan log masuk BKM
2. Masukkan nombor Mykad / ID pengguna
3. Klik semak
4. Pastikan kata laluan keselamatan anda betul dan tekan ya jika betul
5. Masukkan kata laluan
6. Klik pada semakan status (status PERMOHONAN DITERIMA akan dipaparkan)
Penerima Yang Perlu Kemas Kini BKM
Penerima BPR terdahulu perlu mengemas kini maklumat mereka sekiranya terdapat perubahan maklumat semasa agar tidak tercicir daripada menerima BKM 2022.
Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 kerana menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
Kematian kepada pasangan penerima sedia ada atau berlaku perceraian.
Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2 akan mula dikreditkan bermula pada 15 jun ini dan pembyaran akan dibuat secara berperingkat.
Maklumat Lanjut
maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM fasa 2 2022 boleh layari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di BKM FAQ.
Lihat Juga: BKM Fasa 2 Telah Diumumkan Tarikh Pembayaran Terkini
Kami Myinfokerja hanya menyiarkan info bantuan semakan dan permohonan. Jika anda ingin memohon bantuan atau semakan, anda mestilah buat secara rasmi di laman rasmi bantuan kerajaan yang kami sediakan pautan link.