Permohonan & Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu Untuk Golongan B40

Berikut adalah Syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan lesen Memandu kenderaan Keluarga Malaysia Untuk Golongan B40.

Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bantuan Lesen Memandu

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhaskan untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Syarat Kelayakan

Penerima bantuan ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan berikut:

Warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas.

Sihat tubuh badan dan mental.

Tiada kecacatan fizikal.

Tidak disenarai hitam JPJ atau polis.

Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.

Diskaun Bayaran bantuan Lesen memandu :

Bayaran ini lebih murah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang. Menerusi bantuan ini, mereka yang layak hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 seorang dengan menghadiri kursus singkat.

Permohonan

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan lagi mengenai cara membuat permohonan bantuan ini. Sebarang info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM, sila layari laman rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Info Bantuan Lesen Memandu sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Join Telegram Myinfokerja

Rujuk : Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Prima Terkini 2022

Lihat Juga: Syarat Kelayakan & Cara Buat Tuntutan Rm700 – Bantuan MySalam 2022

Bantuan Lesen Memandu

Bantuan Lesen Memandu

Leave a Comment