Cara Mohon Bantuan Suri Rumah – iSuri KWSP

iSuri KWSP- Berikut adalah cara memohon permohonan Bantuan iSuri KWSP Untuk Suri Rumah B40.

Tahukah anda? Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. Ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam isuri KWSP.

iSuri KWSP

Berikut dikongsikan syarat kelayakan, faedah dan cara untuk memohon isuri KWSP.

CARA MOHON & DAFTAR

Pendaftaran dan permohonan bantuan iSuri KWSP  boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dan bawa bersama borang permohonan yang sudah dimuat turun menerusi pautan berikut:

1. MyKad.
2. Borang isuri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja).
3. Borang isuri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran).

SYARAT KELAYAKAN MOHON & DAFTAR

Berikut adalah syarat kelayakan Permohonan Bantuan pendaftaran iSuri KWSP:

1. Warganegara Malaysia.
2. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
3. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
4. Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR).
5. Belum mencapai umur 60 tahun.

FAEDAH

Berikut dikongsikan faedah isuri KWSP:

1. Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
2. Menerima dividen tahunan KWSP.
3. Bantuan Kematian: RM2500.

4. KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
5. Belum mencapai umur 60 tahun.
6. Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
7. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam e-Kasih.

CARA BAYARAN

Berikut dikongsikan cara pembayaran bantuan :

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.

1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN).
3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Untuk maklumat lanjut berkaitan isuri KWSP anda bolehlah layari laman web
https:www.kwsp.gov.my/

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?

Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri:

1. Diri sendiri (isteri).
2. Suami kepada pasangan yang layak.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sumber: blogrojak

Baca Juga: Syarat Pengeluaran Wang KWSP 2022

iSuri KWSP

iSuri KWSP

Leave a Comment