Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan Asasi RM3,920

Bantuan Kewangan Asasi sebanyak RM3,920 setahun merupakan program penajaan bertaraf matrikulasi yang diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lihat Juga:

Bantuan Kewangan Asasi

bantuan kewangan asasi

Berikut merupakan syarat kelayakan dan cara memohon bantuan kewangan asasi sebanyak Rm3920.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di
  • Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kategori B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus Sijil
  • Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya;
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Memohon

Bantuan Kewangan Asasi

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam.

Dimaklumkan bahawa tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pengajian Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing.

Pemohon juga perlu menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran berikut:

  • Surat Tawaran;
  • Surat Setuju Terima Tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian.
  1. Dokumen perjanjian yang telah lengkap kemudiannya hendaklah diserahkan kepada pihak universiti masing-masing.
  2. Bagi maklumat lengkap dan lanjut berkenaan bantuan ini, sila rujuk bersama pihak universiti atau baca DI SINI.

Sumber: Berikerja

Myinfokerja.com

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Leave a Comment