Semak & Daftar Permohonan MyKid JPN 2022

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri juga akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Lihat Juga:

MyKid

Kelebihan MyKid

Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta

2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
6. Bentuk cantik dan menarik

3 Aplikasi Utama 

My kid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

Aplikasi JPN (data kelahiran)
Maklumat kesihatan
Maklumat pendidikan

Cara Daftar

MyKid

  • Ibu Atau Bapa Sahaja Yang Boleh Buat MyKid Untuk Anak
  • Untuk pengetahuan anda, hanya ibu bapa sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan MyKid bagi anak-anak.

Dokumen Yang Diperlukan

1. Photostet ic bapa
2. Photostet ic ibu
3. Photostet sijil lahir
4. Photostet sijil kahwin

Salinan Original Yang Perlu Dibawa

  • Sijil Kahwin
  • Sijil Lahir

Anda tidak perlu buat temujanji, hanya datang secara walk in sahaja.

Tempoh Masa MyKid Siap

Menurut orang ramai, proses hanya mengambil masa 30-60 minit untuk disiapkan.Namun, ia juga bergantung kepada keadaan sama ada orang ramai ataupun tidak.

Maklumat Lanjut

  • Telefon: 03-8000 8000
  • Faks: 03-8880 8288
  • Emel(@jpn.gov.my): pro

Sumber: Mingguankerja

Disclaimers

Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Semak & Daftar Permohonan MyKid JPN 2022 sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Leave a Comment