ASNB akan tangguhkan urus niaga beberapa hari

(Amanah Saham Nasional Berhad) ASNB telah mengeluarkan pengumuman penting berkenaan penangguhan sementara urus niaganya selama 4 hari bermula dari 04 hingga 07 Jun 2022.

Dua produk utama adalah Amanah Saham Harga Tetap iaitu ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit dan Amanah Saham Harga Berubah yang harga seunit berubah setiap hari bergantung kepada Nilai Aset Bersih (NAB) setiap tabung.

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, Amanah Saham Nasional Berhad adalah sebuah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979.

Lihat Juga:

ASNB

Migrasi Sistem Baharu ASNB

ASNB

  • Penangguhan sementara urus niaga ini adalah kerana Amanah Saham Nasional Berhad akan memindahkan sistem operasinya ke sistem baharu, selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan pengalaman pelaburan kepada para pelaburnya.
  • Sebarang urus niaga ASB sepanjang 04 hingga 07 Jun itu, akan tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, tarikh urus niaga terakhir bagi semua unit amanah adalah pada 3 Jun 2022 kecuali untuk ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 3 Global dan ASN Sara 2 yang berakhir lebih awal iaitu pada 02 Jun 2022.
  • Urus niaga di semua saluran iaitu kaunter dan platform dalam talian akan dibuka semula pada 08 Jun 2022.
  • Makanya, pelabur ASB disarankan membuat perancangan keperluan tunai lebih awal dan membuat transaksi pelaburan atau pengeluaran sebelum tarikh penangguhan untuk mengelakkan sebarang kesulitan ketika penangguhan ini berlangsung.
  • Dimaklumkan juga bahawa pengeluaran secara dalam talian ASB hanya boleh dibuat melalui Portal MyASB dan aplikasi myASNB dengan had maksimum sebanyak RM2,000 atau pengeluaran tiga kali dalam sebulan.
  • Untuk maklumat lengkap berkenaan penangguhan ini, sila rujuk di portal rasmi ASNB atau baca kenyataan rasmi DI SINI.

Myinfokerja.com

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ ASNB akan tangguhkan urus niaga beberapa hari ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Follow Telegram :

Portal Semakan

Leave a Comment