ASNB Login – 3 Cara Semak Akaun Asb Online

Anda boleh buat semakan baki dan memindahkan duit di asnb login. Anda juga boleh membuat tambahan pelaburan pada akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Hari ini kami akan berkongsi cara-cara menggunakan asnb login. Mengikut arus permodenan kini, semuanya sudah beralih ke arah digital.

Sistem online MyASNB, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah diperkenalkan pada tahun 2017, sistem online ini adalah satu platform dalam talian hak milik penuh Amanah Saham Nasional Berhad yang disediakan khas untuk

kemudahan semua ahli Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berusia 18 dan keatas.
Dengan kemajuan teknologi sekarang, pastinya semua akan ada kemudahan komputer dan akses internet, maka, mudah sahaja untuk melakukan urusan ASB secara atas talian.

Terdapat dua cara untuk login MyASNB iaitu secara melalui portal website MyASNB dan mobile App MyASNB.

Asnb Login melalui portal MyASNB

  1. Sila buka laman rasmi MyASNB  dan klik butang LOG MASUK.asnb login
  2. Kemudian, sila masukkan id pengguna atau username. Kemudian, klik TERUSKAN.
  3. Seterusnya, sila masukkan kata laluan dan klik TERUSKAN untuk melakukan urusniaga pilihan anda.

Menggunakan mobile app MyASNB

Tambahan pula, PNB bukan sahaja menyediakan sistem online MyASNB sahaja. Asnb login juga hadir dengan mobile app. MyASNB yang boleh didapati di Google Play Store untuk peranti Android; dan Apple AppStore untuk peranti iOS.Aplikasi ini telah diperkenalkan bagi meningkatkan perkhidmatan digital PNB agar mudah dimuat turun dan sentiasa selamat digunakan oleh pelanggan ASNB bagi melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Antara inisiatif digital yang dilakukan olrh PNB, MyASNB memberikan lebih banyak kemudahan kepada pemegang unit untuk melakukan pelaburan permulaan atau tambahan kepada pelaburan sedia ada, terdapat juga semakan baki dan kemudahan penyata akaun serta maklumat terkini dari pihak PNB.

Leave a Comment