Cara Login APB: Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB)
Pengurusan Bantuan Murid-Murid
Kumpulan Pengguna dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengakses Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) adalah golongan-golongan yang seperti berikut:
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
- Pengetua / Guru Besar sekolah.
- Guru KWAPM yang telah dilantik oleh sekolah.
Bagi pihak-pihaky ini, bolehlah membaca yang selanjutnya dengan teliti bagi mengetahui cara-cara penggunaan aplikasi APB ini.
Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (ADPM) Online ini bertujuan untuk merekod pengurusan kehadiran murid ke sekolah. Sistem ini ditanggungjawabkan kepada guru-guru KWAPM untuk segala data berkaitan murid secara efektif dan sistematik.
Sumber Data
Maklumat Penting yang diperlukan oleh pihak sekolah daripada para murid untuk dikemasiki di dalam SPS Modul Pengurusan Murid adalah seperti yang berikut:
- No KP Murid
- Nama Murid
- Darjah/Tingkatan Murid
- Status Warganegara Murid
- Kaum murid
- Nama ibubapa
- No KP ibubapa
- Pendapatan ibubapa
- Tanggungan ibubapa
Cara-Cara Mengakses APB
- Pengetua atau Guru Besar dan Guru KWAPM perlu didaftarkan ke dalam eOPERASI oleh pihak sekolah (pentadbir SPS Modul Pengurusan Guru (eOPERASI)).
- Kemudian sila akses ke laman web http://sps.moe.gov.my/utama.php
- Log masuk ke dalam Modul Pengurusan Murid SPS menggunakan ID yang telah didaftarkan.
- Setelah log masuk, klik link “Ke Pengurusan Bantuan”
- Seterusnya, sila baca infografik di bawah ini untuk langkah mengakses Modul KWAPM
Modul KWAPM
Pengesahan eKASIH
- Mengandungi sub-menu Bantuan KWAPM
- Untuk mengakses senarai nama Ahli Isi Rumah (AIR) eKASIH untuk dibuat pengesahan.
Permohonan Sekolah
- Mengandungi submeni
- Pendapatan Menepati PGK – Murid diambil daripada SPS mengikut kriteria PGK Nasional
- Pendapatan kosong – Murid yang tidak diisi maklumat pendapatan/tanggungan di dalam SPS
- Permohonan Tercicir – Dibuat permohonan sekiranya tercicir pada bayaran awal tahun Darjah 2-6
- Untuk mengakses dan menanda permohonan KWAPM murid yang layak memohon.
Senarai Berjaya
- Mengandungi submenu senarai nama murid yang diluluskan mengikut data eKASIH, eDAMAK dan Permohonan Sekolah
- Untuk menyemak dan mencetak senarai yang berjaya ditawarkan KWAPM.
Maklumat Akaun
- Mengandungi maklumat no akaun bank untuk penyaluran KWAPM ke sekolah.
- Diambil daripada eSPKWS.
Aplikasi Pengurusan Bantuan: Panduan Login APB Melalui Sistem APDM
Oleh itu, diharapkan agar para guru dan pengguna Aplikasi Pengurusan Bantuan ini dapat memanfaatkan aplikasi ini untuk kebaikan murid-murid.
Sila tekan link di sini untuk membaca surat pekeliling dan cara-cara penggunaan lebih lanjut.
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!