SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0

Cara Memohon dan Menyemak Permohonan GKP Tambahan (GKP 3.0)

Bantuan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP 3.0)

Pada 18 Januari 2021, PM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP 3.0) dalam Perutusan Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Sebanyak RM650 juta akan dimanfaatkan bagi membantu sejumlah 500,000 Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro. Ini bertujuan memberi bantuan kepada perusahaan kecil rakyat Malaysia di seluruh negara yang terkesan dengan tempoh PKP yang dilaksanakan ini.

Oleh itu, semua informasi yang perlu diketahui untuk memastikan pemohon layak dan tahu akan cara-cara memohon dan menyemak bantuan GKP Tambahan ini adalah tertera di bawah.

permohonan gkp

 

Apa itu GKP Tambahan (GKP 3.0)?

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang LULUS menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 atau GKP 2.0) sebelum ini.

Ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditampung oleh perusahaan-perusahaan kecil di seluruh Malaysia yang terkesan oleh pandemik Covid-19 ini.

Permohonan GKP

 

Siapa yang layak menerima?

GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Oleh itu, tiada lagi permohonan baharu yang perlu dibuat. GKP Tambahan (GKP 3.0) akan diberikan kepada penerima GKP sebelum ini sahaja.

 

Berapa amaun bantuan GKP Tambahan (GKP 3.0)?

Amaun bantuan GKP Tambahan secara one-off adalah seperti berikut:

  • Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – RM1,000
  • Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro bagi lain-lain negeri – RM500

 

Bilakah tarikh pembayaran akan dibuat?

Tarikh bayaran adalah pada bulan Mac 2021.

 

Bagaimana kaedah pembayaran akan dibuat?

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.

Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

 

SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0

Sila tekan di sini untuk melihat pengumuman rasmi yang dikeluarkan mengenai Permohonan GKP ini oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Sila tekan di sini untuk melayari laman web rasmi GKP yang disediakan LHDN.

 

Mahukan tips & info kerjaya, pengumuman dan permohonan bantuan? Sila klik di sini.

 

 

24 thoughts on “SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0”

  1. Saya tak dapat memohon gkp fasa 1 dan 2. Kerana pertama, lesen berniaga saya tidak dapat reniew selama covid 19 melanda.. Selepas gkp 1.. Saya reniew lesen saya. Tetapi esoknya, pejabat hasil pejabat daerah ditutup.. Sehinggalah tamat gkp 2.saya usahawan kraftangan dari sabah.. Harap gkp untuk fasa seterusnya dibuat untuk peniaga kecil seperti saya yang banyak terpinggir. Kerana pandemik ini.. Suami cuma penoreh.. Duit berniaga juga sudah habis digunakan..

    Reply
    • saya mohon gkp 1.0 dok dapat, lepas tu kerajaan buka gkp 2.0, dok lulus jugok, saya ning peniaga mcm org lain jugak, kenapa dok dapat…apakah salah kami? kata utk bantuan kepada peniaga..tapi mohon kedua2 dok dapat…hancur harapan kami..kecik dimata orang besar bagi kita…diharap buka permohonan gkp 3.0 utk rayuan…diharap pertimbangkan…

      Reply
  2. Saya pun tak dapat mohon gkp fasa 1 dan 2 sebab tidak mendapat pendedahan yang jelas.Ada kawan kata kena bayar semula jadi saya pun tidak memohon gkp ini.Hujung bulan 12 ada kawan maklumkan saya sepatutnya layak mohon sbb saya berniaga barulah saya faham dengan penjelasannya ..Tapi malangnya dah tutup untuk permohonan dan rayuan…tak ada rezeki saya lah….

    Reply
    • Pendedahan tentang GKP diumumkan oleh PM secara jelas di tv, tentang bagaimana untuk memohon dan syarat-syarat yang diperlukan. Saya xsuggest sangat tanya kat orang, sebab kadang-kadang orang beritahu benda tidak betul. Boleh kalau nak bertanya, tapi cari juga maklumatnya sendiri untuk kepastian. Boleh search terus di google, ramai yang share article tentangnya. Tidak mengapa lah cik, rezeki tu kalau ada, adalah.. kalau xada, sabar.. Nanti InsyaAllah rezeki lain datang 🙂

      Reply
  3. Saya dah memohon gkp tahun lepas,tapi x lulus..selepas saya buat semakan saya dapati alasan x lulus sebab 04 tdk wujud di agensi.saya dah paparkan semula borang yg saya isi,tp saya x tahu yg mana satu 04 yg dnyatakan dlm alasan permohonan saya x lulus.boleh tak saya buat rayuan sekali lagi..?

    Reply
  4. Saya pun tak dapat mohon gkp fasa 1 dan 2 sebab tidak dapat tahu dengan jelas.Lagi pun saya mempunyai SSM,Kad pemandu dan Permit yang sah.Kalau memberikan peluang,saya meneruskan GKP ini dan dapatkan wang serta juga boleh mengurangkan beban saya pada masa pandemik ini.

    Reply
    • Boleka sy membuat rayuan semula.. gkp 1 dn 2 tdak diluluskan. Sebab sy menggunakan lesen lama tahun 2019. Baru tahun ni sy renew baru. Baru sy tahu rupanya lesen ni penting untuk saat2 y susah bgini. Untuk bisnes on9 mcm sy ni memang susah bila keadaan negara jadi bgini..

      Reply
  5. Saya pon dah mohon gkp fasa 1 dan 2…tapi xdapat pon..saya pon ada lesen SSM..saya ni penjaja jalanan ja pon..kawan2 penjaja saya kebanyakan dapat..saya pon mempunyai anak yg Ramai..apa2 pon Alhamdulilah rezeki yang Allah SWT berikan…

    Reply
  6. Rayuan GKP saya tak lulus sebab alasan baru didaftar sblom 31.08.2020 ape ni!!saya daftar ssm tahun 2019…saya renew tahun 2020 ape lah cek la tarkih bile saya daftar ssm.!!sya start brniaga tahun 2019..tlong cek

    Reply
  7. Saya gkp lulus tapi gagal kredit.days bagi ni bank akaun isteri .sekarang saya sudah ada akaun sendiri.macam Mano nk buat masukkan No akaun bank saya senfiru

    Reply
  8. saya mohon gkp 1.0 dok dapat, lepas tu kerajaan buka gkp 2.0, dok lulus jugok, saya ning peniaga mcm org lain jugak, kenapa dok dapat…apakah salah kami? kata utk bantuan kepada peniaga..tapi mohon kedua2 dok dapat…hancur harapan kami..kecik dimata orang besar bagi kita…diharap buka permohonan gkp 3.0 utk rayuan…diharap pertimbangkan…

    Reply
  9. Rayuan GKP saya tak lulus sebab alasan baru didaftar sebelum 31.08.2020 saya tak faham!saya daftar ssm tahun 2018 saya renew tahun 2020 tolong lah check balik bila saya daftar SSM.. harapla ada GKP 3.0 utk buat permohonan lagi.

    Reply
  10. Gkp 1.0 sy Ada mohon tp x lulus so sy mohon gkp 2.0 jgak x lulus sbb masa rayuan tu suruh upload trading license terkini yg 2020, last² cek x lulus sbb limpas bulan ogos ktanya.. Tp klu sy upload yg 2019 punya msti dpt tu.. Spatutnya masa rayuan tu d bukak bagi la info yg lbih terperinci so hrp kerajaan bukak lg rayuan balik la sbb perniagaan sy btl² trjejas.. Tda sumber pndptn lain

    Reply
    • Saya mohon gkp 2.0 x lulus buat rayuan pun x lulus alasan sijil pendaftaran di daftar selepas 31.8.20 tu pun lewat bayar 2 bln je sbb pkp. Masa gkp 1.0 saya x mohon sbb x fhm lg.sedangkan kwn saya yg br daftar pun lulus sedangkan saya baru je 2 bln x bayar…. harap pihak gkp ambik perhatian le pada kami yg peniaga ni …tlg cek betul2 harap ada gkp 3.0

      Reply
      • kl ada peluang lg, sy mohon kerajaan pertimbangkan.. mmg terkesan sgt dgn pandemik ni.. suami sy x mohon msa gkp 1.0.. gkp 2.0 bru mohon tp x lulus sb ssm tmat tempoh.. dh buat rayuan tp x lulus jgak sb dokumen x menepati syarat.. sdgkn masa tu nk attach doc sokongan punyalh ssh.. harap adalh rezeki lg.. plizz..

        Reply
  11. Saya mohon gkp 2.0 x lulus buat rayuan pun x lulus alasan sijil pendaftaran di daftar selepas 31.8.20 tu pun lewat bayar 2 bln je sbb pkp. Masa gkp 1.0 saya x mohon sbb x fhm lg.sedangkan kwn saya yg br daftar pun lulus sedangkan saya baru je 2 bln x bayar…. harap pihak gkp ambik perhatian le pada kami yg peniaga ni …tlg cek betul2 harap ada gkp 3.0

    Reply
  12. Sy tidak buat gpn sbb sy tidak jelas…tahu2 dah abih tempoh gpn 2.0..sy berniaga dari tahun 2015 hingga kini..ibarat kais pagi makan pagi dengan keadaan sekarang ni..harap pihak berwajib dapatla membantu membuka lagi sekali kepada perniaga yg tak sempat nak mohon..

    Reply
  13. Saya Azlan Bin Adnan permohonan saya tidak lulus . Dan saya buat rayuan,pun tak lulus.Sedih saya. Saya hanya mampu tersenyum melihat kawan yang dapat. Saya tidak dengki.itu rezeki yang telah ditetapkan.

    Reply

Leave a Comment