SSM Prihatin – Pendaftaran Percuma Perniagaan Seluruh Malaysia
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Bagi warganegara Malaysia yang mempunyai perniagaan dan termasuk dalam golongan B40 ataupun merupakan seorang penuntut di IPTA/IPTS, bolehlah memohon Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini.
Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40 dan SSM Prihatin ini boleh dimohon secara ONLINE di laman web EzBiz.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan SSM Prihatin yang disediakan oleh kerajaan ini.
KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40
- (a) Pemegang MyKad/MyPR;
- (b) Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- (c) Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
- (d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
KATEGORI PELAJAR IPTA/IPTS
- (a) Pemegang MyKad/MyPR;
- (b) Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- (c) Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
- (d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Apa itu EzBiz?
- EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membolehkan pengguna melakukan pendaftaran baru, mendaftar perubahan, menghentikan dan membeli maklumat perniagaan.
- Alternatif kaedah “over-the-counter” transaksi yang mudah, cepat dan bebas dari masalah.
- Tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan melayari ezbiz.ssm.com.my.
Cara-Cara Memohon
- Sign up di leman web EzBiz dengan menekan link di sini.
- Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor I.C., alamat dan lain-lain
- Aktifkan akaun anda dengan menekan link di peti inbox e-mel.
- Cara-cara mendaftar perniagaan adalah diberikan di peti inbox e-mel ataupun sila baca di bawah.
1) PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Sila ikuti langkah seterusnya bagi pengaktifan Akaun Pengguna Ezbiz seperti berikut:
- Sila sign in di portal ezbiz.ssm.com.my;
- Klik user profile dan pilih user verification request;
- Klik add new; dan
- Lampirkan dokumen wajib seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang di ruangan upload MyKad/MyPR;
- Gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher di ruangan upload selfie (contoh https://bit.ly/2VNllkv); dan
- Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / passport / sijil lahir / bil utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri.
Nota:
- Untuk perincian pengaktifan akaun pengguna, sila rujuk Tatacara Mendaftar Akaun Pengguna melalui portal Ezbiz di portal SSM.
- Prosedur ini hanya terpakai ketika tempoh PKP atau sehingga diputuskan oleh SSM.
SSM Prihatin: SSM Percuma Untuk Semua Pelajar & Usahawan B40
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang SSM Prihatin, sila emel ke [email protected].
Tekan di sini untuk memilih dan membaca user manual untuk pengaktifan EzBiz ID, pendaftaran perniagaan dan pembaharuan dan lain-lain lagi.
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!