Dato Sri Anwar Ibrahim sah menjadi Perdana Menteri Malaysia

Dato Sri Anwar Ibrahim sah menjadi Perdana Menteri Malaysia petang tadi

Anwar Ibrahim bakal menjadi PM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau merupakan calon tunggal Perdana Menteri membabitkan rundingan bersama dengan BN.

Beliau berkata, BN tidak mencadangkan nama lain dalam perbincangannya bersama gabungan itu.

“Dan pilihan utama saya untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, biar saya jadi Perdana Menteri dahulu,” katanya pada sidang akhbar bersama kepimpinan PH di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Anwar Ibrahim bakal menjadi PM

PN Telah Mengemukakan 112 Surat Akuan…
Di samping itu, Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan lebih 112 surat akuan berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah surat akuan berkenaan mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

“Jumlah surat akuan yang dihantar melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Baca Juga: Rangkuman Fokus Bajet 2023

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti, dan menamakan calon Perdana Menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang hari ini.

Tempoh Membentuk Kerajaan Baharu Dilanjutkan…
Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah hari ini memperkenan tempoh berkenaan dilanjutkan hingga 2 petang esok, susulan permohonan ketua parti politik dan gabungan parti politik yang diterima Istana Negara hari ini.

PRU15, yang paling sengit pernah dihadapi negara, berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

Dalam PRU15 Sabtu lepas, Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi, PN (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas yang menang. – Bernama

INFO PRU 15

Anwar Ibrahim

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. – Anwar Ibrahim bakal menjadi PM

 

Leave a Comment