Rangkuman Fokus Bajet 2023
Rangkuman Fokus Bajet 2023 – Bagi isi rumah yang mempunyai sehingga empat orang anak, layak menerima BKM antara RM1,000 dan RM2,000.
Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 dan RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.
Jumlah dan syarat kelayakan, semak sekarang. Bantuan Keluarga Malaysia untuk 2023 akan menyediakan bantuan sekali sahaja TERTINGGI untuk isi rumah yang mempunyai lima anak atau lebih dengan pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.
Berikut adalah kategori kelayakan dan jumlah bantuan BKM 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam #Bajet2023 baru-baru ini.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023)
i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : Lebih 5 Anak
RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak
ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)
iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
Tambahan RM500
Baca juga: Berita Baik Buat Pencarum KWSP Dalam Masa Terdekat
Semak Juga : Bantuan Kewangan RM500 Setiap Bulan Untuk Rakyat Malaysia
Rangkuman Fokus Bajet 2023
FOKUS PERTAMA
Bagi Bajet 2023 pula, Fokus Pertama adalah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
1. Menjaga Kebajikan Rakyat
2. Mengutamakan Keluarga Malaysia
3. Membina Kehidupan Kondusif
FOKUS KEDUA
Selepas aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 ialah Kesinambungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
1. Mempermudah Aktiviti Perniagaan
2. Merancak Pelaburan dan Perdagangan
3. Menyokong Industri Tumpuan
Maklumat Lanjut : Laman Khas Bajet 2023
FOKUS KETIGA
Bagi memastikan kadar inflasi di tahap terkawal, Fokus Ketiga Bajet 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
1. Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
2. Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
3. Mengungguli Agenda Kelestarian
FOKUS KEEMPAT
Bajet 2023 dirangka bagi terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Oleh itu, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:
1. Memperkukuh Perkhidmatan Utama
2. Membina Daya Tahan Negara
3. Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Rangkuman Fokus Bajet 2023