Tuntutan Bantuan MySalam Dan Tarikh Tutup Permohonan

Tuntutan Bantuan MySalam – Berikut adalah perkongsian semakan permohonan Bantuan dan cara buat tuntutan bantuan MySalam.

Harap Maklum kepada semua. Kami hanya menyiarkan tentang maklumat bantuan ini sahaja, Semakan dan tuntutan anda mestilah dibuat di laman rasmi bantuan.

Jika anda ingin membuat sebarang tuntutan bantuan mysalam atau semakan, Sila klik pada pautan yang kami sediakan untuk masuk terus ke halaman rasmi bantuan untuk membuat sebarang semakan atau lain-lain.Terima kasih.

Tuntutan Bantuan MySalam

Bantuan MySalam RM700 adalah merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi tujuan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.

Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidap.

Tuntutan Bantuan MySalam

Cara Membuat Tuntutan Bantuan MySalam

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

i. Tuntutan penyakit kritikal:

Langkah 1 Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).

Langkah 2 Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.

Langkah 3 Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.

Langkah 4 Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.

Langkah 5 Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg:

  • a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor.
  • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang).

Langkah 6 Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tuntutan Bantuan MySalam

ii. Tuntutan hospitalisasi:

Langkah 1 Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).

Langkah 2 Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

Langkah 3 Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg:

  • a) Salinan Nota Discaj.
  • b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang).

Langkah 4 Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan MySalam

Tarikh akhir untuk menyerahkan permohonan tuntutan Bantuan Mysalam adalah 30 Jun 2022.

Sebarang semakan permohonan atau tuntutan, Sila Klik pautan yang disediakan.

Join Tegeram Portal Info Bantuan Untuk Lihat Maklumat Bantuan atau Info Kerja Kosong Yang Akan Kami Kongsikan Kepada.

Kongsikan Maklumat ini kepada ramai orang agar dapat manfaat bersama.
AMARAN!!!: Dilarang mengambil atau (copypaste) Maklumat di atas tanpa kebenaran pentadbir. Tindakan berat akan dikenakan kepada pelaku jika mengambil sesuka hati tanpa kebenaran!!

Leave a Comment