Persatuan Pekerja tidak mahu kerajaan benarkan pengeluaran i-Citra

Kerajaan diminta tidak benarkan pengeluaran i-Citra – Persatuan pekerja

Beberapa persatuan pekerja meminta kerajaan untuk tidak membenarkan lagi pengeluaran kemudahan i-Citra di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebaliknya membantu dengan memperkenalkan insentif tambahan lain.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita KWSP

  • Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata ini berikutan pengeluaran kemudahan itu akan menyebabkan ahli terpaksa bekerja lebih lama demi menggantikan caruman terbabit.
  • Dalam kenyataan hari ini, beliau juga menyifatkan beberapa cadangan bagi membantu KWSP membina semula simpanan itu seperti kadar dividen yang berbeza atau memfokuskan projek bernilai tinggi, juga tidak mencukupi kerana impaknya terlalu kecil bagi mengubah keadaan sebahagian besar ahli.
  • “Ini memandangkan hampir separuh daripada mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan persaraan. Ramai ahli yang meminta pengeluaran tambahan ini pula berdepan hutang tertunggak atau perlu menampung perniagaan mereka untuk menyara hidup walaupun ekonomi semakin pulih,” katanya.
  • Beliau yang juga Timbalan Presiden MTUC berkata, kerajaan sebaliknya perlu menyediakan pelbagai tambahan bantuan termasuk bagi peniaga kecil seperti geran, pinjaman bersubsidi dan kredit yang dijadikan sebahagian daripada pakej rangsangan sama ada melalui bank atau secara terus melalui agensi kerajaan.
  • Laporan media pada 9 Disember lalu, menyatakan isu pengeluaran kali terakhir i-Citra berjumlah RM10,000 itu akan dibincangkan serta diperhalusi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sumber: BHarian

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment