TEDUH: Permohonan Rumah B40, Mampu Milik

TEDUH: Permohonan Rumah B40, Mampu

Milik

TEDUH

TEDUH merupakan laman web yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program Bantuan perumahan awam dan swasta di Malaysia dan menjadi gerbang “One-Stop Centre” kepada individu yang ingin memohon program bantuan perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan laman web untuk memudahkan rakyat Malaysia khususnya golongan B40 untuk mencari atau menyemak bantuan rumah yang mereka bakal miliki secara beli atau sewa yang dikenali sebagai TEDUH.

SYARAT PERMOHONAN RUMAH B40

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat permohonan bagi setiap Skim Perumahan;:-

SPP

Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun hinggan 70 tahun.
Bekerja dan mempunyai pendapatan
Bukan kakitangan kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
Memiliki tanah sendri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

Maklumat lanjut mengenai Skim SPP – “KLIK SINI

PPAM

Warganegara Malaysia
Penjawat Awam
Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
Boleh memohon lebih dari satu projek
Moratorium 10 tahun.

Maklumat lanjut mengenai Skim PPAM – “KLIK SINI

PPR Dimiliki

Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Maklumat lanjut mengenai PPR Dimiliki – “KLIK SINI

PPR Disewa

Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Maklumat lanjut mengenai PPR Disewa – “KLIK SINI

PR1MA

Warganegara Malaysia
Bujang ataupun berkahwin dan berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan
PR1MA hanya boleh dibeli sebagai rumah pertama atau kedua sahaja

Rumah Transit

Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
Pemohon telah berkahwin
Pemohon berumur antara 18 – 30 tahun
Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Tiada rekod jenayah

Maklumat lanjut mengenai Rumah Transit – “KLIK SINI

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:
Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

Maklumat lanjut mengenai Rumah IKRAM Keluarga Malaysia – “KLIK SINI

SKIM PERUMAHAN DI BAWAH TEDUH

SPP

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan skim yang diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah.

PPAM

Skim PPAM merupakan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 yang bertujuan untuk membolehkan penjawat awam yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

PPR Dimiliki

PPR Dimiliki merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penempatan terancang dan selesa kepada kumpulan sasar iaitu golongan setinggan dan berpendapatan rendah RM3,000 ke bawah. Harga jualan bagi rumah tersebut iyalah RM35,000 per unit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 per unit di Sabah dan Sarawak. Program ini membantu kumpulan sasar untuk memiliki rumah.

PPR Disewa

Program PPR Disewa ini telah diperkenalkan pada tahun 2002 lagi dan ianya bertujuan untuk disewakan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan pada kadar RM124 sebulan.

PR1MA

PR1MA merupakan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar yang berpendapatan sederhana. Harga rumah PR1MA bermula dari RM100,000 sehingga RM400,000.

Rumah Transit

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudaan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur 18 – 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh 2 tahun. Penyewa akan diberi notis 6 bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Ini adalah inisiatif daripada kerajaan dalam menyediakan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dah kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH B40

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan TEDUH:-

Layari laman web SPRN di https://sprn.kpkt.gov.my/

DAFTAR AKAUN PEMOHON RUMAH B40
Isikan semua maklumat yang diperlukan (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat E-mel)

 

DAFTAR AKAUN PEMOHON RUMAH B40

BUKA EMEL
Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif

DAFTAR AKAUN PEMOHON RUMAH B40

PILIH SKIM
Pilih skim perumhan yang diinginkan.

Berikut adalah skim perumahan yang masih tersedia:
Rumah IKRAM Keluarga Malaysia
PPR Disewa
PPR Dimiliki

DAFTAR AKAUN PEMOHON RUMAH B40

DOKUMEN SOKONGAN
Muatnaik semua dokumen yang diperlukan
Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.

DOKUMEN SOKONGAN Muatnaik semua dokumen yang diperlukan Pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah format PDF dan saiz fail tidak melebihi 3MB.

PENGESAHAN
Setelah muatnaik semua dokumen, pemohon boleh membuat pengesahan permohonan
Dan siap!.

MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4,
62100 Putrajaya
Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
Emel: [email protected]
MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062
PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384
Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400

Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ” TEDUH: Permohonan Rumah B40, Mampu Milik sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Join Channel Telegram kami untuk. info-info Bantuan belia, kerja kosong dan segala yang berkaitan tentang bantuan 2022: Channel Telegram

Leave a Comment