Semakan Status KWSP Permohonan Pengeluaran Khas Anda Dari Semasa Ke Semasa

Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas Anda

Dari Semasa Ke Semasa

Semakan Status KWSP Permohonan Pengeluaran Khas

Semakan permohonan pegeluaran khas kwsp

pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui laman facebook rasminya berkongsi bahawasanya semakan status permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat dari semasa ke semasa.

KWSP secara rasmi menyatakan bahawa:

Semakan kwsp, Permohonan Pengeluaran khas Diterima’ bukannya lulus, sebaliknya sedang disemak dan akan diproses secara berperingkat.

Perkara ini sekali lagi menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya kepada jutaan ahli yang memohon dalam program Pengeluaran Khas kali ini. Kebanyakan ahli keliru samada status ‘ Semakan Permohonan Diterima’ bermaksud lulus atau perlu menunggu lagi pada masa akan datang untuk keputusan sebenar.

Kritikan yang membina wajar diberikan terhadap kepada pihak KWSP. Pihak pengurusan Pengeluaran Khas kali ini sewajarnya memudahkan ahli dalam menyalurkan informasi Semakan yang pantas dan mudah difahami, bukannya mengelirukan ahli tanpa sebarang kenyataan nyata. (Frequently Asked Question) Pada pautan FAQ juga tidak dinyatakan berkenaan kenapa semakan status perlu dibuat dari semasa ke semasa.

Sekiranya pihak KWSP menggunakan ayat Semakan status boleh dibuat dari semasa ke semasa, ini menjustifikasikan bahawa akan wujud perubahan pada hasil semakan status pada masa masa akan datang.

Ini juga memaknakan bahawa perspektif yang kami berikan semalam adalah terpakai.

Maksud Permohonan Diterima (Pengeluaran Khas)

Semakan Status KWSP Permohonan Pengeluaran Khas

Semakan Status KWSP Permohonan Pengeluaran Khas

Terdapat beberapa perspektif dalam semakan status kali ini,

Pertama) Paparan ‘ Semakan Permohonan Diterima‘ tersebut membawa maksud bahawa permohonan anda berjaya dan proses pengkreditan amaun yang dipohon akan dilaksanakan pada 20 April 2022.

Kedua) Paparan ‘ Semakan Permohonan Diterima’ tersebut tidaklah membawa maksud permohonan anda berjaya, tetapi sekadar status yang melengkapkan bahawasanya data serta amaun pengeluaran yang anda berikan diterima oleh sistem dan akan diproses untuk kelulusan.

Status lulus/ tidak permohonan Pengeluaran Khas boleh disemak pada masa akan datang (selaras dengan penggunaan ayat dari semasa ke semasa oleh pihak (KWSP).

Berikut adalah dua perspektif yang dapat disimpulkan daripada paparan semakan status kwsp kali ini. Sepatutnya, KWSP memaklumkan lebih awal kepada ahli agar tidak keliru berkenaan semakan status kwsp tersebut kerana perkara ini sangat penting dan ramai ahli menantikan keputusan sejak permohonan dibuka.

Semakan Pengeluaran Khas KWSP

Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan?

Kepada semua ahli, Semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat melalui laman facebook rasmi KWSP, cara semakan beserta pautan semakan dikongsikan kepada semua ahli yang memohon.

KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:Layari

  1. http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik ‘Teruskan’
  3. Klik ‘Semakan Status Permohonan’
  4. Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS
  5. Isi No Telefon Bimbit
  6. Sahkan Captcha
  7. Klik ‘Semak Status’
  8. Keputusan Permohonan Dipaparkan

Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022
Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).
Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022
Cara permohonan rayuan akan kami kongsikan dari semasa ke semasa

Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ” Semakan Status KWSP Permohonan Pengeluaran Khas Anda Dari Semasa Ke Semasa” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Join Channel Telegram kami untuk. info-info Bantuan belia, kerja kosong dan segala yang berkaitan tentang bantuan 2022: Channel Telegram

Leave a Comment