STR FASA 4: SEMAKAN STATUS & KATEGORI KELAYAKAN STR
STR FASA 4: SEMAKAN STATUS & KATEGORI KELAYAKAN STR. STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023 .
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 4.
Baca sini: Jawatan kosong yang ditawarkan;
PENOLONG PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G29.
Baca juga: alasan dan kod kenapa anda tidak lulus permohonan STR untuk fasa 3 ini
SEMAKAN STATUS STR FASA 4
Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 26 Jun 2023.
Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
KATEGORI KELAYAKAN STR FASA 4
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
PENERIMA STR
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
TARIKH BAYARAN STR FASA 4
Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023
JUMLAH BAYARAN STR
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah :
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 4:
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747. Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.