Akaun 1 KWSP: tuntutan pengeluaran kecemasan Akaun 1 KWSP
Suara pencarum menzahirkan yang berharap tuntutan pengeluaran kecemasan (Akaun 1 KWSP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bersasar diluluskan kerajaan demi kelangsungan hidup.
Kuala Lumpur: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengadakan kempen jelajah seluruh negeri
Baca juga sini: STR FASA 4: SEMAKAN STATUS & KATEGORI KELAYAKAN STR
Baca lagi: Jawatan kosong yang ditawarkan;
PENOLONG PEGAWAI HIDUPAN LIAR GRED G29.
Menurutnya, kempen jelajah seluruh negeri yang diketuai Ketua Bahagian Negeri PGIRM dengan disokong oleh pencarum negeri bagi menyerahkan Memorandum Tuntutan KWSP Bersasar itu berjalan lancar.
Timbalan Presiden PGIRM Mohamad Fazil Ibrahim berkata, pengeluaran bersasar KWSP itu bagi membantu rakyat terkesan.
“Kesemua memorandum tuntutan sudah berjaya diserahkan kepada Ketua Pengarah KWSP negeri masing-masing dengan jayanya dan diterima baik oleh pihak KWSP negeri.
“Kempen penyerahan memorandum itu bermula semalam membabitkan empat negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak.
“Kempen ini akan diteruskan ke negeri lain yang akan menyusul kemudian.
“Diharapkan kerajaan dapat meluluskan tuntutan kepada 99,335 pencarum yang amat terdesak dan memerlukan wang dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan.
“Sehubungan itu, pihak kami menggesa dan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil serius mengenai kesusahan rakyat (pencarum) tercicir ini demi kelangsungan hidup mereka.
Menurutnya, penyelesaian kerajaan dengan menawarkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) tidak menyelesaikan masalah secara keseluruhan, malah menambah beban kewangan sedia ada.
Beliau berkata, sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar ingin membantu rakyat khususnya golongan tercicir perlu segera membuat keputusan dengan meluluskan tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar.
“Jasa baik dan keprihatinan Perdana Menteri amat diharapkan oleh rakyat (pencarum) seluruh negeri,” katanya.
Sumber: Harianmetro