SOP PKP Seluruh Negara Menjelang Aidilfitri: Apa yang dibenarkan dan dilarang?

Pelaksanaan PKP Seluruh Negara

Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 12 Mei 2021

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara.

Muhyiddin berkata, larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan, dan pendidikan berkuatkuasa 10 Mei hingga 6 Jun, manakala larangan dan arahan lain berkuatkuasa 12 Mei hingga 7 Jun. Sepanjang tempoh itu, semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.

“Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional,” kata Muhyiddin.

Kesimpulannya, rakyat hendaklah tabah dan cekal hati dalam menghadapi PKP yang akan datang ini. Rakyat mestilah mematuhi SOP dengan sebaik-baiknya dan mendaftar vaksinasi Covid-19. Terdapat pelbagai juga bantuan oleh kerajaan yang dapat dimohon secara online seperti bantuan eWallet RM150, kemasukan BPR Fasa 2, Jaringan Prihatin dan bantuan laptop bagi para pelajar IPT.

SJR sekatan jalan raya pkpb pkpd ozgd84o8d5aofacf18md0edc6ei9nr9yc1rtir8bnk

Sila klik sini untuk membaca artikel Cara Semakan Status BPR Fasa 2 2021 – Duit Dimasukkan Bermula Awal Mei Ini.

SOP Bagi PKP Seluruh Negara Bermula 12 Mei

  1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh;
  2. Melarang SEMUA bentuk perhimpunan sosial termasuk kendurikendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta. Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam;
  3. Melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal;
  4. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa. Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga;
  5. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
  6. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarkan;
  7. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa; dan
  8. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN.
  9. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.
  10. Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan;
  11. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Screenshot 262

Source: AstroAwani

Maklumat lanjut tentang PKP seluruh negara ini boleh didapati di laman web MOH di sini.

Sila klik di sini untuk membaca laman web Belanjawan 2021 tentang permohonan Jaringan Prihatin.

Leave a Comment