Bantuan Skim Peduli Sihat Bagi Golongan B40 Selangor Sehingga RM500 | Keluarga & Bujang

Apa itu Skim Peduli Sihat?

Rakyat Selangor khususnya kelompok B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan disarankan untuk mendaftar di bawah Skim Insurans Peduli Sihat bagi mendapatkan rawatan asas secara percuma sejak diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Januari 2017.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Lanjutan daripada itu, pada 1 April 2020 Kerajaan Negeri telah mengumumkan bahawa Skim Insuran Peduli Sihat akan turut memberikan perlindungan kesihatan seperti berikut:

  1. Bantuan Pengebumian
  2. Perlindungan Kemalangan Diri
  3. Perlindungan Penyakit Kritikal
  4. Insuran Nyawa / Hayat
  5. Insuran kesihatan secara universal ini bertujuan untuk mambantu meringankan beban golongan B40 khususnya bagi menerima rawatan asas serta pelbagai manfaat.

Ini akan dapat mengurangkan kesesakan di klinik/hospital kerajaan di samping membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi keluarga berpendapatan rendah menerima pebagai manfaat perlindungan kesihatan.

Syarat Kelayakan

  1. Pemilih Berdaftar di Negeri Selangor
  2. Lahir di Negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Pendapatan seisi rumah RM2,000 dan ke bawah.
  4. Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000 atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih.

pseudi Image

Cara Memohon

Untuk permohonan, ia boleh dibuat secara atas talian DI SINI dengan mengisi malumat secara tepat dan benar bagi memudahkan proses permohonan.

Manakala, bagi permohonan secara manual pula – pemohon boleh mengemukakan permohonan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing (KLIK SINI untuk senarai alamat pejabat).

Pemohon juga perlu membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Borang pendaftaran (muat turun DI SINI)
  • Salinan kad pengenalan (ketua keluarga/individu)
  • Salinan kad pengenalan,MyKid atau Surat Kelahiran (tanggungan/isteri/anak-anak)
  • Salinan Slip Gaji atau pencen (untuk penjawat awam/pesara kerajaan)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta atau bekerja sendiri)
  • Bukti Penerima BSH bawah kategori pendapatan RM2000 kebawah atau berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.
  • Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.

Cara Semakan

Anda boleh menyemak status dengan memasukkan nombor I.C. di halaman “Semak Status Permohonan Anda” di sini.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut tentang Skim Peduli Sihat ini, sila hubungi:

No. Telefon: 1-800-22-6600 Emel: [email protected]

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment