Pengeluaran i-Citra KWSP Bermula Ogos 2021
Apa itu i-Citra?
Dalam kenyataan media berkenaan Pakej PEMULIH, kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.
–> Sila baca Senarai Bantuan Pakej PEMULIH Yang Diumumkan PM Petang Tadi ~ BPR Fasa 3, i-Citra KWSP, Bantuan Tunai
Siapa yang layak memohon?
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Cara Permohonan
Permohonan i-Citra KWSP boleh mula dibuat pada pautan icitra.kwsp.gov.my bermula 15 Julai 2021.
Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan cara-cara untuk memohon pengeluaran secara online.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran pertama akan dibuat pada Ogos 2021.
Maklumat Lanjut
Jangan lupa layari laman web MyInfoKerja bagi info bantuan-bantuan kerajaan dan info i-Citra yang terkini. Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan terkini.
Bagi maklumat lanjut berkenaan i-Citra ini, bolehlah melayari laman web KWSP i-Citra yang rasmi di sini.
–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA