Rentas negeri perlu cukup 2 dos – beberapa pihak diarahkan patah balik

6 kenderaan diarahkan balik kerana tidak cukup 2 dos

Sebanyak enam kenderaan yang ingin pulang ke kampung dan bercuti ke Kelantan melalui jalan Gerik-Jeli diarahkan berpatah balik selepas pemeriksaan mendapati individu terlibat tidak lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, arahan itu dikeluarkan ketika kenderaan berkenaan melalui pemeriksaan di sekatan jalan raya di Kilometer 9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Sungai Lebey dekat Gerik pada Jumaat.
  • Menurutnya, pemandu dan penumpang itu mencuba nasib mahu pulang ke kampung, namun apabila anggota polis yang bertugas meminta mempamerkan sijil vaksinasi, didapati belum lengkap dua dos vaksin.
  • “Pemandu kenderaan ini memberi alasan untuk ke Kelantan, namun tidak bernasib baik kerana semasa pemeriksaan gagal menunjukkan pengesahan sudah lengkap divaksinasi.
  • “Mereka kemudiannya diarahkan berpatah balik dan tidak dibenarkan merentas negeri,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Ahad.
  • Beliau berkata, berlaku pertambahan kenderaan yang menggunakan laluan Gerik-Jeli berikutan orang ramai mengambil peluang bercuti panjang untuk ke Kelantan bermula pada Jumaat sehingga Selasa ini.
  • Bagaimanapun, katanya, aliran trafik sepanjang laluan berkenaan adalah lancar dan terkawal dengan kenderaan bergerak perlahan.
  • “Pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) telah diarah untuk membuat pemantauan sepanjang laluan JRTB Gerik-Jeli. Rondaan dari Balai Polis Bersia turut dijalankan di sepanjang laluan dari semasa ke semasa.
  • “Keadaan lalu lintas lancar di jalan JRTB Gerik-Jeli. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan sejak Jumaat,” katanya.
  • Orang ramai dinasihatkan untuk patuh akan syarat rentas negeri dan bersama-sama memulihkan Malaysia.

Sumber: AwaniNews

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment