Hebahan Pengambilan Khas Guru Secara One-Off SPP ~ Pengumuman 7 Julai 2021!

Pengambilan Khas Guru: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Pada 6 Julai 2021, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan mengeluarkan kenyataan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara ‘one-off’ atau sekali sahaja.

Ini adalah seperti diumumkan sebelum ini oleh YB Menteri Kanan Pendidikan dan akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 5.30 petang 7 Julai (hari ini).

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), selaku Pihak Berkuasa Melantik, dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengambilan khas itu akan

  • mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara.
  • Pada fasa berikutnya, urusan ini akan diperluaskan pula kepada graduan bukan pendidikan melalui kaedah-kaedah pelantikan lain sekiranya masih terdapat kekosongan.

Dalam kenyataan itu pula, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat bagi bersiap sedia dan sentiasa melayari laman platform SPP.

MyInfoKerja akan mengemaskini informasi dari semasa ke semasa tentang pengambilan khas guru ini.

radzi 348x215 1 logo spp

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web rasmi dan platform media sosial Facebook SPP.

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment